Steady Je Buat Delivery Job Dengan Lalamove!

featured image

Orang kata, mudah saja buat kerja-kerja delivery ni.

Ya la, kononnya kita hanya perlu terima job dalam app, ambil barang, dan terus hantar ke customer mengikut waktu yang dijanjikan untuk dapat bayaran.

Tetapi, kita yang dah lama dengan Lalamove ni lagi tahu realiti yang sebenar. Kerja mana yang takde cabaran dan dugaan? 

Bak kata pepatah…

Demi kehidupan yang lebih baik, traffic jam sanggup ku harungi, hujan dan panas sanggup ku bertahan. 

Tetapi, jangan lupa! Di sebalik setiap kesulitan, ada kemudahan. 

Samalah ceritanya di Lalamove. Di sebalik masa panjang yang diluangkan di atas jalan raya dan melayan customer, banyak saja pengalaman menarik dan pulangan yang lumayan bila buat delivery job dengan Lalamove!

Santai dengan rakan penghantar Lalamove-1

Sesi mengeteh di mamak dengan geng Lalamove

Tak percaya?

Jom baca cerita-cerita yang best dari member Lalamove kita yang sama-sama buat delivery.

 

Boleh ceritakan apa yang membuatkan anda sertai Lalamove sebagai rakan pemandu?

Velu: Susah nak cari kerja sekarang ni. Kalau ada kerja pun, majikan offer gaji yang rendah dan perlu kerja sampai 12 jam sehari. Bila balik rumah, rasa penat nak bermain dengan anak-anak. Bila saya dapat tahu boleh bekerja ikut masa sendiri dengan Lalamove, saya pun terus join tanpa fikir panjang. Bayaran yang diterima pun berpatutan!

Rakan penghantar Lalamove Sree-1

Sree Firfairul, Rakan Pemandu Motosikal

Sree: Masa first time saya join Lalamove, saya buat delivery secara part time saja. Tetapi semasa PKP pada tahun lepas, saya diberhentikan kerja kerana ofis saya gulung tikar. Sejak Oktober 2020, saya mula bekerja dengan Lalamove secara full time.

Sany: Sebelum ni saya bekerja sebagai driver e-hailing. Tetapi lama-lama, saya rasa bosan. Sejak PKP ni, lagi lah kurang penumpang e-hailing! Saya pun cuba buat delivery dengan Lalamove. Sekarang, saya dah buat kerja full time dengan Lalamove. Lagi pun, saya lagi selesa menghantar barang dari menghantar penumpang.

Rakan Penghantar JahabarJahabar Saadiq, Rakan Penghantar Lori 1-Tan

Jahabar: Saya menguruskan bisnes acara sendiri. Tetapi sejak PKP, perniagaan saya terjejas sedikit kerana bisnes saya bergantung kepada kehadiran orang ramai, yang mana tidak dibenarkan semasa PKP. Saya buat keputusan untuk sertai Lalamove sebagai penghantar lori kerana syarikat saya memang memiliki beberapa buah lori. Setakat ini, pendapatan dari Lalamove memang sangat berbaloi dan mampu menampung perbelanjaan keluarga saya.

Aniq: Saya memang suka berjalan-jalan dengan motosikal! Sambil layan hobi, boleh dapat duit dengan Lalamove. 

 

Apakah perkara yang paling best sekali pelanggan Lalamove pernah buat untuk anda?

Karunanithi: Asalkan ada customer yang masukkan saya dalam ‘Favourite Drivers’, saya dah cukup happy. Maknanya mereka puas hati dengan service saya. Lepas tu, kalau ada order dari customer yang sama, lagi mudah saya nak dapat job kalau saya ‘Favourite Driver’ mereka.

Rakan Penghantar Badrol HisyamBadrol Hisyam, Rakan Pemandu Van

Badrol: Dapat tip dari customer. Kalau dapat tip, memang masuk poket kita terus!

Sany: Pernah dapat tip yang masyhuk. Ada sekali tu, customer belanja makan tengahari. Rezeki murah kalau buat kerja dengan ikhlas!

Sree: Tip dari customer! Selain tu, saya pernah dapat sarapan free dari customer.

 

Adakah anda mempunyai kenalan di kalangan rakan-rakan pemandu Lalamove? Jika ya, bagaimanakah anda meluangkan masa dengan mereka?

Badrol: Ada je berborak dengan geng Lalamove dalam group Whatsapp dengan Telegram. Saya selalu duduk dan berborak dengan driver-driver Lalamove lain di mamak sementara menunggu order.

Liew Yau Cheng-1Liew Yau Cheng (kanan), Rakan Pemandu Motosikal

Liew: Ada, dan saya selalu berhubung dengan kawan-kawan Lalamove dalam Whatsapp.

Azhar: Abang saya yang ajak saya join Lalamove. Selalu juga terserempak dengan abang masa buat delivery. Dia banyak share tip dan pengalaman buat kerja delivery dengan Lalamove.

Aniq: Selalunya sebelum lewat malam, kami akan set masa dan tempat untuk lepak lepas selesai kerja-kerja delivery dengan Lalamove. Seronok dapat berborak dengan kawan-kawan dari Lalamove sambil minum di mamak sebelum balik rumah.

 

Adakah anda mampu menjana pendapatan harian yang lebih banyak semasa PKP jika dibandingkan dengan hari-hari biasa?

Karunanithi: Ya, memang saya ambik lagi banyak delivery job masa PKP. Memang penat, tetapi boleh dapat sampai RM5000 sebulan!

Rakan Penghantar Ahmad SuhimiAhmad Suhimi, Rakan Pemandu Motosikal

Suhimi: Sebelum PKP, saya kena kerja sampai 10 malam untuk capai daily target. Tetapi lain ceritanya masa PKP. Pukul 6 petang pun sudah boleh sampai target sebab order meningkat masa PKP!

Rakan Penghantar Azhar

Azhar bin Kaus, Rakan Pemandu Motosikal

Azhar: Kalau hari-hari biasa pun pendapatan dengan Lalamove sudah cukup untuk menampung kehidupan saya, apatah lagi masa PKP. Kalau rajin ambik job, memang boleh lumayan pendapatan harian.

 

Boleh kongsikan cerita bagaimana pendapatan yang anda jana dengan Lalamove semasa PKP mengubah hidup anda menjadi lebih baik?

Sapri

Sapri, Rakan Pemandu Motosikal

Sapri: Semasa PKP yang pertama awal tahun 2020, saya dapat jana sampai RM280 sehari. Dengan pendapatan seharian yang rancak masa tu, saya mampu siapkan rumah untuk keluarga saya dengan lebih cepat. 

Izzat: Dengan pendapatan semasa PKP, projek deko rumah saya dapat berjalan dengan lebih pantas dan lancar!

Karunanithi: Sekarang, saya rasa lebih selesa dengan keadaan kewangan saya sebab job Lalamove memastikan saya sentiasa mempunyai pendapatan yang stabil. 

 

Bagaimana Dengan Anda Pula? Adakah Anda Ingin Menyertai Geng Pemandu Kami?

Lebih dari sekadar peluang untuk menjana pendapatan, anda juga boleh menjadi sebahagian dari komuniti penghantaran kami seperti yang dikongsikan di dalam artikel ini.

Klik pautan di bawah untuk memulakan langkah pertama menyertai pasukan penghantaran kami. Anda hanya perlu mengisi nombor telefon anda dalam borang di atas halaman tersebut dan mengikut langkah-langkah yang diberikan.

Mulakan Langkah Pertama Menjadi Rakan Penghantar Lalamove

Anda memerlukan jawapan kepada soalan-soalan berkenaan tugas penghantaran Lalamove? Klik soalan-soalan lazim kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut sebelum anda mendaftar dengan kami.

Kami juga telah berborak dengan rakan-rakan penghantar kami iaitu Izzat, Tan dan Erni untuk mengetahui motivasi mereka di sebalik keputusan mereka untuk menghantar dengan Lalamove. Baca komen mereka di artikel 'Kenapa Kami Memilih Untuk Membuat Kerja-Kerja Penghantaran?'

Read more