7 Tempat ‘Instagrammable’ Untuk Di Kunjungi Di Lembah Klang
Kawasan Lembah Klang sememangnya terkenal dengan bangunan pencakar langit dan juga tempat-tempat cantik yang sesuai untuk bergambar.
Anda suka ber ‘OOTD’ tapi dah buntu mana nak cari tempat yang cantik untuk bergambar?
Jom cantikkan ‘feed’ Instagram anda dengan lokasi ‘Instagrammable’ yang kami senaraikan di bawah:
1. The LINC KL
Sumber: The LINC KL
The LINC KL adalah sebuah hub bagi penggemar karya seni dan alam semula jadi yang terletak di tengah Kuala Lumpur.
Terdapat banyak kedai yang menarik dan restoran enak yang anda patut cuba seperti OMG Crab, Maruki Ramen, Bisou Bake Shop dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu, di The LINC KL juga terdapat pokok Bodhi berusia 100 tahun yang berdiri gagah di tengah-tengah kompleks.
Sama ada anda nak rileks dengan keluarga pada hujung minggu atau ber ‘window shopping’, The LINC KL adalah tempat yang menarik dan tak ramai orang tahu!
Alamat: 360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Anda boleh memesan Lalamove Ride untuk mengelakkan masalah parkir di kawasan ini.
2. Thean Hou Temple
Sumber: The World Travel Guy
Thean Hou Temple terkenal sebagai kuil yang terbesar dan tertua di Asia Tenggara.
Kuil 6 tingkat ini dihiasi dengan warna emas dan merah membuatkan ianya terlihat sangat sempurna di depan mata dan apa lagi di dalam gambar.
Untuk masuk ke kuil ini, anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran tetapi kalau anda ingin menderma, ianya sangatlah digalakkan!
Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Kami cadangkan anda untuk datang ke Thean Hou Temple pada waktu pagi. Pesan Lalamove Ride untuk perjalanan yang mudah!
3. Kwai Chai Hong
Sumber: Kwai Chai Hong
Kwai Chai Hong adalah bangunan lama yang telah dipulihkan yang terletak berdekatan dengan Petaling Street.
Di sini anda akan rasa ‘vibe-vibe’ seperti berada di tahun 60an tau!
Jika anda lihat pada gambar di atas, bangunan dan lorong dihiasi dengan lukisan mural yang cantik dan penuh dengan maksud tersendiri.
Selain tempat bergambar, terdapat juga kafe-kafe tersembunyi yang berada di dalam bangunan ini yang anda boleh cuba!
Alamat: Lorong Panggung, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Semak Instagram mereka untuk mengetahui maklumat lanjut tentang persembahan tradisional pada hujung minggu.
4. Cafe Hopping Di Pasar Seni
Sumber: myc.my
Dah alang-alang anda berada di Petaling Street, apa kata anda ‘Cafe Hopping’ dengan kawan-kawan!
Bagi yang sudah tahu, Pasar Seni adalah syurga bagi mereka yang suka mencuba kafe dan makanan baru.
Bukan itu sahaja, kafe-kafe di sini kebanyakannya mempunyai dekorasi dalaman yang unik, sempurna untuk anda yang suka bergambar!
Alamat: Central Market, 12, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Pergi ke satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah bila anda pesan Lalamove Ride!
5. Rimba Ilmu Botanical Gardens
Sumber: Petit Go
Satu lagi tempat menarik untuk dilawati bagi peminat alam semulajadi!
Rimba Ilmu Botanical Gardens yang terletak di dalam Universiti Malaya (UM) adalah salah satu tempat yang tidak ramai ketahui.
Dengan harga RM5, anda boleh menerokai banyak spesis tumbuh-tumbuhan yang tidak akan dijumpai di kebanyakan tempat.
Tempat yang aman dan dipenuhi tumbuhan hijau ini amat sesuai untuk anda menenangkan minda dari kesibukan kota Kuala Lumpur.
Address: Rimba Ilmu Botanical Gardens, 50603 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Tak perlu risau tentang di mana anda nak meletakkan kenderaan, hanya pesan Lalamove Ride untuk mengambil dan menghantar anda pada bila-bila masa!
6. Bamboo Hills
Sumber: Bamboo Hills KL
Bamboo Hills amat sesuai untuk mereka yang ingin menyambut hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan. Ini kerana tempatnya dipenuhi dengan restoran moden yang cantik dan luas.
Terdapat lebih dari 10 buah restoran yang anda boleh pilih dengan pelbagai jenis masakan seperti masakan Korea, Barat, Cina dan macam-macam lagi.
Alamat: Taman Bukit Bambu, Off, DUKE, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur
Tip Lalamove: Lalamove Ride sedia untuk berkhidmat 24 jam, jadi anda tak perlu risau jika pulang lambat selepas makan malam!
7. Zhongshan Building
Sumber: The Zhongshan Building
Percayalah bila kami cakap yang anda patut lawati tempat ini, anda patut pergi!
Jika anda seorang yang minat dengan seni dan kreativiti, Zhongshan Building adalah tempatnya.
Di dalam bangunan ini, anda akan melihat banyak galeri seni, kedai buku, kedai musik, kafe dan studio yang menarik.
Sebelum tempat ini diubah menjadi Zhongshan Building, tempat yang sudah wujud sejak tahun 1950an ini adalah rumah kedai tiga tingkat dan merupakan milik keluarga yang mempunyai perniagaan barangan basah.
Sebelum anda datang ke sini, pastikan untuk menyemak laman Instagram mereka untuk mengetahui acara terbaru!
Alamat: Zhongshan Building, Jalan Kampung Attap, 80-84, Jalan Rotan, 50460, Kuala Lumpur Malaysia
Tip Lalamove: Zhongshan Building terletak tidak jauh dari Pasar Seni, bolehlah anda ke sini selepas sesi ‘cafe hopping’ anda dengan Lalamove Ride!
Cuba Lalamove Ride Untuk Pengembaraan Anda Di Kuala Lumpur
Dengan Lalamove, melawati tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur menjadi lebih mudah.
Anda tidak perlu risau dimana unutk meletakkan kenderaan dan juga tak perlu pening kepala dengan jalan yang sesak.
Jom mudahkan perjalanan anda hari ini!