Ambil Job Lalamove Semasa Bulan Puasa? Ini 4 Tips Penting Untuk Anda

featured image

Berpuasa sambil bekerja?

Ianya mungkin kelihatan seperti dua perkara yang agak mencabar untuk disatukan.

Namun, dengan perancangan masa yang baik, anda boleh menjalankan ibadah puasa dengan lancar sambil memenuhi komitmen kerja sebagai rakan pemandu Lalamove.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mengatur masa dengan bijak semasa bulan Ramadan.

 

1. Tetapkan Jadual Kerja Fleksibel

 

Tetapkan Jadual Kerja Fleksibel

Seperti yang anda sudah tahu, Lalamove menyediakan kebebasan untuk anda memilih waktu bekerja.

Anda boleh memanfaatkan fleksibiliti ini untuk mengatur waktu kerja yang sesuai semasa berpuasa.

Sebagai contoh, anda boleh elak ambil job pada waktu tengah hari kerana ini adalah waktu yang paling panas dan memenatkan.

Jom tengok 3 contoh waktu terbaik untuk mengambil job di bulan Ramadan ini.

 

2. Sediakan Waktu Khusus Untuk Beribadah

 

Sediakan Waktu Khusus Untuk Beribadah

Selain bekerja, bulan Ramadan adalah waktu yang penting untuk memperbanyakkan ibadah.

Jika anda ingin bertarawih, anda boleh fokus bekerja pada waktu pagi dan petang.

Dengan pengurusan masa yang baik, anda boleh melakukan perkara ini tanpa mengganggu ibadah puasa dan juga kerja.

 

3. Tetapkan Matlamat Harian

 

Target Penghantaran

Sebelum mula ambil job, tetapkan jumlah penghantaran yang ingin anda ambil dalam sehari.

Ini akan membantu anda fokus dan mengelakkan bekerja terlalu lama sehingga mengganggu waktu berbuka atau ibadah puasa.

 

4. Jangan Lupa Untuk Berehat

 

Jangan Lupa Untuk Berehat-1

 

Bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove boleh menjadi agak sibuk, terutama pada waktu puncak.

Jika anda berasa letih semasa menghantar pesanan, beri masa untuk tubuh anda berehat.

Dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup pada waktu malam!

Badan yang sihat akan membuatkan anda lebih fokus dan bertenaga semasa bekerja.

 

Bekerja Tanpa Menganggu Ibadah Puasa Anda 

Semoga tips ini dapat membantu anda mengharungi Ramadan 2025 dengan lebih mudah dan bermanfaat!

Anda berminat nak jadi rakan pemandu Lalamove di bulan Ramadan ini?

Jom daftar sekarang!

Jadi Rakan Pemandu Lalamove

 

P/S: Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya ini, jom tonton filem pendek Lalamove yang bertajuk "Secukupnya Raya Ini" di bawah:

 

 

Read more