5 Tips Untuk Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan bakal tiba dan sebagai rakan pemandu Lalamove, anda pasti ingin terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang bulan mulia ini.
Untuk membantu anda kekal bertenaga dan fokus, kami ingin kongsikan beberapa tips mudah yang boleh menyokong perjalanan anda sepanjang bulan Ramadan.
1. Pilih Makanan Berkhasiat Untuk Sahur Dan Berbuka
Makanan yang dimakan semasa bersahur dan berbuka memainkan peranan penting untuk memastikan tenaga anda bertahan sepanjang hari.
Pilih makanan seperti oat, nasi atau roti gandum yang penuh dengan karbohidrat kompleks semasa bersahur.
Manakala bagi waktu berbuka pula, elakkan daripada mengambil makanan berat atau berlemak yang boleh menyebabkan keletihan selepas makan.
Yang penting, sahur jangan skip ya!
2. Minum Banyak Air Semasa Waktu Sahur Dan Berbuka
Dehidrasi adalah masalah utama bagi rakan pemandu Lalamove yang berpuasa.
Pastikan anda minum secukupnya pada waktu sahur dan berbuka untuk mengelakkan rasa letih yang melampau ketika bekerja.
Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan.
Tips: Minum air masak, air kelapa atau jus buah tanpa gula untuk memastikan tubuh anda kekal terhidrasi.
3. Tidur Dan Rehat Secukupnya
Kurang tidur atau rehat yang tidak mencukupi boleh menjejaskan prestasi anda sebagai rakan pemandu Lalamove.
Jika boleh, cuba untuk tidur sebentar selepas sahur atau pada waktu siang. Tapi, jangan terlalu lama pula! Cukup 1-2 jam sahaja.
Rehat yang cukup dapat membantu badan anda untuk kekal segar dan fokus semasa berkerja.
4. Rancang Rutin Kerja
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda perlu bijak untuk merancang perjalanan anda.
Rancang laluan dengan teliti untuk memastikan perjalanan lancar dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Nak tahu apa waktu terbaik untuk ambil job di bulan Ramadan? Jom baca blog di bawah:
3 Waktu Terbaik Untuk Ambil Job Di Bulan Ramadan
5. Manfaatkan Aplikasi Lalamove Driver
Manfaatkan semua ciri yang ditawarkan di dalam aplikasi Lalamove Driver untuk memudahkan kerja anda.
Pilih pesanan yang sesuai dengan tenaga anda, seperti jarak yang lebih dekat atau masa penghantaran yang fleksibel.
Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan
Dengan mengamalkan tips di atas, anda bukan sahaja dapat kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Bulan Ramadan adalah masa untuk kita memperbaiki diri, jadi pastikan anda menjaga tubuh badan agar lebih bersemangat!
Anda berminat nak tambah pendapatan di bulan Ramadan?
Jom sertai kami sekarang!
Saksikan filem pendek dari Lalamove sempena Ramadan dan Hari Raya ini: