Lalamove Ride: Ini Tips Untuk Perjalanan Lebih Mudah
Mesti anda pernah menghantar barang dengan Lalamove, kan?
Tapi kami ada berita baik untuk anda:
Kini, Lalamove boleh menghantar anda ke destinasi yang anda inginkan!
Pengguna Lalamove boleh menikmati perjalanan yang mudah dan boleh dipercayai di kawasan terpilih sekitar Lembah Klang.
Untuk memastikan pengalaman yang mudah dan lancar, ini adalah senarai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bila anda naik dengan Lalamove.
Apa Yang Anda Boleh Buat
1. Rancang Perjalanan Anda Lebih Awal
Lalamove sememangnya memudahkan perjalanan anda, tapi lagi best kalau anda rancang perjalanan lebih awal!
Ini dapat memudahkan perjalanan anda dan membantu pemandu untuk hantar anda ke tempat yang betul.
Jadi, pastikan anda buat sedikit 'research' tentang destinasi anda.
2. Komunikasi Yang Lancar Dengan Pemandu
Komunikasi adalah kunci kepada perjalanan yang berjaya!
Jika anda ingin memaklumkan pemandu anda tentang destinasi atau bantuan khas, anda hanya perlu mesej pemandu menggunakan chat dalam aplikasi kami.
3. Sahkan Kenderaan dan Pemandu
Demi keselamatan anda, pastikan anda sahkan nombor plat kenderaan serta identiti pemandu sebelum anda naik kereta.
Ini memastikan anda naik kereta yang betul.
Jangan salah kereta, tau!
4. Sentiasa Hormat-Menghormati
Pastikan anda menghormati pemandu anda.
Tingkah laku yang baik dan mesra dapat menjanjikan perjalanan yang lebih lancar untuk anda dan pemandu.
Jika anda mengalami sebarang isu, pastikan anda memaklumkan pemandu dengan sopan.
Perlukan bantuan? Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami dalam app, okey!
Apa Yang Anda Tidak Boleh Buat
1. Jangan Buat Perubahan Saat Akhir
Elakkan daripada membuat perubahan saat akhir kepada lokasi pengambilan dan destinasi anda.
Jika terdapat sebarang perubahan, sila maklumkan pemandu anda dengan segera.
Perubahan yang terlalu 'last minute' boleh menganggu perjalanan pemandu.
Biar lambat, asal selamat, kan?
2. Jangan Tinggalkan Barang Anda
Sebelum anda keluar dari kereta, sila pastikan semua barangan anda tidak tertinggal. Terutama sekali barangan berharga!
Kalau anda tertinggal barang, ia boleh mengambil masa dan tenaga untuk pemandu kembalikan semula kepada anda.
Sentiasa peka!
3. Jangan Makan atau Minum Tanpa Izin
Elakkan daripada makan atau minum dalam kereta melainkan pemandu telah memberi izin.
Jika makanan atau minuman anda tumpah dalam kereta, ini boleh menyebabkan perjalanan tidak menyenangkan untuk pemandu dan pelanggan seterusnya!
Lebih senang jika anda tidak membawa makanan atau minuman mudah tumpah dalam kereta.
Anda boleh makan keropok lekor dan minum boba di rumah, okey!
4. Jangan Lupa Nilaikan Perjalanan Anda
Memberi maklum balas boleh membantu menaik taraf servis kami.
Selepas perjalanan anda, ambil masa untuk nilaikan pemandu dan tinggalkan sebarang komen yang membina.
Anda suka dengan perjalanan Lalamove Ride?
Berikan 5 bintang!
Pengalaman 5-Bintang Dengan Lalamove Ride
Naik dengan Lalamove boleh menjadi pengalaman yang mudah dan seronok dengan tips-tips di atas.
Jom mula naik Lalamove Ride sekarang!