Soalan Lazim

icn_banner_faq-01
You are in...
Am
Di manakah kawasan liputan perkhidmatan penghantaran Lalamove?

Kami boleh menghantar ke mana-mana saja di Lembah Klang. Kami juga mempunyai liputan di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Kuching.

Jika anda ingin menghantar lebih jauh, anda boleh gunakan 4 x 4 Pikap, Van dan Lori kami untuk menghantar dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia. Anda juga boleh membuat pesanan Jarak Jauh dari Kuching ke kawasan terpilih dalam Sarawak.

Am
Di mana saya boleh melihat anggaran masa penghantaran?

Anda boleh melihat anggaran masa penghantaran dalam aplikasi sebaik sahaja pesanan anda dipadankan.

Am
Apakah waktu penghantaran Lalamove?

Lalamove beroperasi 24/7 untuk anda. Kami adalah pakar penghantaran on-demand dan servis kurier hari yang sama, memadankan anda dengan rakan pemandu terdekat dalam beberapa saat sahaja.

Pilih Lalamove untuk penghantaran ekspres dan segera, bila-bila masa.

Am
Bolehkah penerima saya membayar untuk penghantaran?

Ya, penerima boleh membayar pesanan. Anda hanya perlu tulis pada bahagian kenyataan untuk memaklumkan rakan pemandu bahawa amaun akan dibayar di lokasi penghantaran. Sila pastikan anda telah memilih bayaran tunai sebagai kaedah pembayaran.

Am
Bagaimana caranya untuk membuat pesanan di aplikasi web?

Layari laman web https://web.lalamove.com/ dan log masuk ke akaun anda. Anda kini boleh membuat pesanan.

Am
Apakah waktu operasi perkhidmatan pelanggan Lalamove?

Waktu operasi perkhidmatan pelanggan kami adalah:

Isnin - Ahad: 8am - 10pm

Am
Bagaimana caranya untuk mendaftar Akaun Perniagaan Lalamove?

Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di laman perniagaan kami.

Am
Saya ingin menghantar pesanan dalam kuantiti banyak. Bagaimana Lalamove boleh membantu saya?

Kami berpengalaman membantu perniagaan dengan penghantaran dalam kuantiti banyak. Jika anda sedang mencari penyelesaian automatik, penyelesaian teknikal API kami dapat memautkan perisian penghantaran kami dengan sistem anda untuk mengautomasikan penjadualan pesanan.

Am
Bagaimana caranya untuk membuat pesanan dengan lebih dari satu lokasi penghantaran?

Klik “+ Tambahkan lokasi penghantaran” untuk menambah lokasi penghantaran. Anda boleh menambah sehingga 20 lokasi untuk satu pesanan.

Anda juga boleh menyusun semula turutan lokasi penghantaran mengikut keperluan anda.

Am
Saya ingin penerima membayar untuk pesanan. Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu tulis pada bahagian kenyataan untuk memaklumkan rakan pemandu bahawa amaun akan dibayar di lokasi penghantaran. Sila pastikan anda telah memilih bayaran tunai sebagai kaedah pembayaran.

Am
Bagaimana caranya untuk menyemak status penghantaran?

Anda boleh semak lokasi rakan pemandu melalui laman pesanan dalam aplikasi. Anda boleh melihat lokasi rakan pemandu pada masa nyata dan mendapat notifikasi segera apabila pesanan anda telah diselesaikan.

Anda juga boleh menghantar maklumat penjejakan pesanan kepada pelanggan anda dengan klik butang kongsi pada laman pesanan. Dengan ini, pelanggan anda boleh mengetahui status penghantaran dan anggaran masa ketibaan.

Am
Bagaimana caranya untuk mengeluarkan resit pesanan?

Anda perlu mengaktifkan ciri “Terima E-resit” dalam laman tetapan anda untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila masukkan e-mel anda untuk menerima e-resit.

Am
Bagaimana caranya untuk menambah staf dalam akaun perniagaan saya?

Staf anda perlu memiliki akaun Lalamove persendirian dulu. Selepas itu, anda perlu memohon dengan perkhidmatan pelanggan untuk menambahkan staf anda dalam akaun perniagaan.

Am
Bagaimana staf saya dapat mengakses rekod untuk semua pesanan?

Hanya staf dengan kelulusan "Admin" atau "Manager" boleh mengakses semua rekod pesanan.

Staf dengan kelulusan "Employee" hanya boleh melihat pesanan yang mereka buat.

Anda boleh melihat kelulusan pasukan anda dalam laman tetapan di bahagian "Pasukan" dalam aplikasi web Lalamove.

Am
Bagaimana caranya untuk menyambungkan sistem syarikat saya dengan Lalamove menerusi API?

API kami membolehkan anda untuk berintegrasi dengan sistem Lalamove dan buat pesanan automatik ke aplikasi mudah alih atau web Lalamove. Untuk mula, sila lihat Dokumentasi API kami untuk maklumat lanjut. Setelah anda bersedia untuk proses integrasi, anda boleh daftar untuk akaun baru Lalamove atau log masuk ke akaun sedia ada melalui Portal Rakan Kongsi untuk dapatkan API dan Kunci Rahsia anda.

 

Am
Apakah maksud anggaran masa penghantaran?

Setelah pesanan anda berjaya dipadankan, anda akan melihat anggaran masa ketibaan di lokasi pengambilan pada peta. Sebaik sahaja rakan pemandu mengambil barang anda, masa yang disenaraikan ialah anggaran masa ketibaan ke lokasi penghantaran.

Sila ambil maklum bahawa masa yang disenaraikan adalah untuk rujukan sahaja dan boleh berubah atas sebab-sebab yang tidak dijangka seperti masalah lalu lintas dan cuaca.

Am
Apakah industri yang disokong Lalamove?

Lalamove membantu perniagaan dari pelbagai industri dengan keperluan penghantaran mereka. Dari industri makanan dan minuman (F&B) dan e-Dagang ke perniagaan runcit, perabot, pembinaan, dan lain-lain, kami mempunyai penyelesaian penghantaraan dan flit kenderaan yang bersedia membantu perniagaan anda.

Am
Apakah ciri-ciri Akaun Perniagaan Lalamove yang dapat membantu perniagaan saya?

Mengurangkan kos operasi:

Tanpa flit kenderaan dan pasukan pemandu, anda dapat berjimat daripada membeli kenderaan, penyelenggaraan kenderaan dan kos overhed. Anda hanya perlu mengupah pemandu kami secara sepenuh atau separuh masa. Dapatkan penjimatan dengan menggunakan kami bila diperlukan saja!

Berjimat lebih dengan penghantaran pelbagai hentian!

Ciri pelbagai hentian kami membolehkan peniaga untuk menghantar barangan mereka ke 20 lokasi berbeza dalam satu perjalanan! Pengurangan pergerakan dan tenaga bermaksud kos operasi yang lebih rendah, membolehkan kami untuk memastikan caj penghantaran rendah untuk anda.

Sistem API (Application Programming Interface) yang mudah


Tiada lagi penyerahan pesanan secara manual kepada kami. Sistem automatik kami menghubungkan sistem anda dengan kami, supaya pesanan boleh diproses 24/7 apabila ia masuk!

Am
Adakah terdapat sebarang promosi istimewa untuk pengguna perniagaan?

Kami membantu anda berjimat dengan ganjaran akaun perniagaan yang tiada tandingan, bila anda berdaftar atau tambah nilai! Baca lebih lanjut tentang ganjaran perniagaan kami.

Klien perniagaan kami juga akan menerima perkhidmatan pengurusan akaun percuma, dan juga sokongan berterusan dari pihak jualan dan perkhidmatan pelanggan kami.

Am
Apakah had saiz dan berat untuk barangan penghantaran?

Had saiz bergantung kepada jenis kenderaan yang anda pilih!

Sila rujuk laman harga kami untuk maklumat lanjut mengenai had saiz dan berat barang penghantaran.

Am
Adakah anda menyediakan penyata bulanan?

Ya, setelah anda mendaftar untuk akaun perniagaan Lalamove, kami akan menyediakan penyata bulanan pada setiap hujung bulan untuk menjejaki semua bayaran kredit anda.

Am
Adakah Lalamove diintegrasi dengan mana-mana platform E-dagang dan menawarkan aplikasi/sambungan?

Ya, kami diintegrasi dengan Shopify dan WooCommerce. Sila muat turun aplikasi Lalamove Shopify. Untuk WooCommerce, sila hubungi kami di channelpartnerships.fd@lalamove.com

Am
Apakah ciri-ciri yang disediakan dengan integrasi API?

1. Boleh digunakan di serata Asia Tenggara dan Amerika Latin
2. Penempatan pesanan yang lancar daripada sistem anda kepada sistem kami
3. Buat pesanan dari satu lokasi ke lokasi lain serta penghantaran pelbagai hentian
4. Buat pesanan dengan segera atau jadualkan masa pengambilan sehingga 30 hari lebih awal
5. Sebut harga segera yang menunjukkan pecahan untuk jarak dan bayaran penghantaran
6. Menyokong pembatalan pesanan
7. Dapatkan kemas kini status penghantaran secara automatik dengan mudah dan segera melalui Webhook
8. ShareLink untuk berkongsi kemaskini status penghantaran kepada pihak ketiga
9. Padanan segera dengan rakan pemandu
10. Dapatkan lokasi masa nyata untuk rakan pemandu
11. Pendaftaran diri yang mudah untuk menggunakan API kami
12. Bukti penghantaran
13. Flit Korporat untuk menguruskan “Rakan Pemandu Kegemaran Sahaja” dan “Flit Kegemaran Didahulukan”

Am
Adakah API Lalamove boleh mengendalikan pesanan pelbagai hentian?

Ya, sistem API kami membolehkan anda untuk membuat pesanan pelbagai hentian dengan menambah lokasi penghantaran dan maklumat untuk dihubungi. Anda boleh menambah sehingga 19 lokasi penghantaran dan 1 lokasi pengambilan. Sila ambil maklum bahawa rakan pemandu akan mengikut susunan lokasi penghantaran yang anda berikan.

Am
Adakah saya akan dimaklumkan apabila terdapat sebarang penukaran status pesanan melalui API?

API kami dapat menyediakan status terkini secara proaktif dengan Webhook yang memberitahu anda apabila terdapat situasi penting supaya anda boleh menerima maklumat dengan mudah dan segera. Buat masa sekarang, kami akan memaklumkan anda untuk 4 situasi berbeza:

1. Apabila status pesanan berubah

2. Bila baki dompet berubah

3. Bila jumlah pesanan diubah (contoh: tip, pelarasan bayaran)

4. Bila pesanan yang sama dibuat semula

Am
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk sokongan teknikal?

Anda boleh hubungi kami di partner.support@lalamove.com atau melalui LiveChat yang berada di bawah bahagian kanan di laman https://partnerportal.lalamove.com

Am
Apakah ciri-ciri akaun Perniagaan Lalamove?

Daftar untuk Akaun Perniagaan Lalamove  untuk menikmati ciri-ciri di bawah:

  1. Uruskan beberapa staf dalam satu akaun dengan kelulusan spesifik dan hak akses
  2. Intergrasi kan perniagaan anda secara terus dengan penyelesaian API
  3. Hubungkan kedai e-dagang anda dengan plugins tersedia kami
  4. Berbelanja terus dengan dompet perniagaan dan kewangan berpusat
  5. Semak perbelanjaan akaun perniagaan dengan mudah melalui penyata bulanan
  6. Akses laporan yang boleh dimuat turun terus daripada dashboard anda

Lebih Banyak Ciri Eksklusif Akan Datang!

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?

Pergi ke “Tetapan” dan log keluar. Klik “Lupa kata laluan?” di halaman log masuk aplikasi. Selepas anda mengesahkan nombor telefon anda, anda akan menerima pin 4 angka melalui SMS. Gunakan nombor pin ini untuk mengemas kini kata laluan anda.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove?

Klik di sini untuk bermula. Untuk mendaftar dengan motosikal atau kereta anda, anda mesti mengikuti dan lulus Latihan Maya kami. Jika anda gagal dalam ujian, anda boleh mencuba lagi sehingga anda lulus. Sebagai alternatif, anda boleh hadir ke mana-mana pusat pemandu. Jika anda ingin mendaftar dengan pikap 4 x 4, van atau lori anda, anda hanya perlu melengkapkan Latihan Maya kami tanpa ujian.

Akaun rakan penghantar
Bolehkah saya menjadi Rakan Pemandu Lalamove tanpa memiliki kenderaan sendiri?

Anda mesti memiliki kenderaan untuk daftar sebagai rakan pemandu.

Akaun rakan penghantar
Apakah lesen yang diperlukan untuk menjadi rakan pemandu Lalamove?

Anda perlu mempunyai lesen memandu yang penuh atau sekurang-kurangnya lesen “P” untuk menghantar dengan motosikal, kereta atau 4 x 4. Jika anda ingin menghantar dengan van dan lori, anda juga perlu mempunyai lesen GDL. Kami tidak menerima pemandu dengan lesen memandu “L” atau lesen yang sudah tamat tarikh luput.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan maklumat kenderaan saya?

Anda boleh mengemas kini maklumat kenderaan anda atau menukar jenis kenderaan dengan melawat laman 'Profil', diikuti dengan 'Tetapan', 'Maklumat Peribadi' dan 'Maklumat Kenderaan'. Sila ikuti arahan dalam aplikasi untuk mengemas kini atau menukar kenderaan.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan maklumat bank saya?

Pergi ke “Dompet” dalam aplikasi, dan klik “Maklumat bank”. Anda boleh mengemaskinikan maklumat bank di situ.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk mengemaskinikan nombor telefon saya?

Anda boleh menghubungi Bahagian Operasi Pemandu melalui panggilan telefon atau WhatsApp di 017-8009518. Anda juga boleh mengunjungi kami di Lalamove Driver Centre untuk menukar nombor anda:

Lalamove Driver Center Lembah Klang
69, Jalan Tpk 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor

Lalamove Driver Center Pulau Pinang
No 1314 (GF), Jalan Nagasari 1, Taman Nagasari, 13600 Perai, Pulau Pinang

Lalamove Driver Center Johor
G-100, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Lalamove Driver Center Melaka
No. 20 Jalan Lagenda 5 Taman 1 Lagenda 75400, Melaka

Lalamove Driver Center Kuching
SL 11, Lot 9588, T Chin Kin Commercial Centre, Jalan Pending, Poh Hua Park, 93450 Kuching, Sarawak

Akaun rakan penghantar
Bagaimana saya boleh menyertai latihan rakan pemandu?

Jika anda belum memilih jadual latihan, klik “Jadual Sekarang” dalam aplikasi Lalamove Driver dan pilih di antara latihan di Pusat Pemandu atau latihan maya. Jika anda ingin menghadiri latihan di Pusat Pemandu, sila pilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan anda.

Walaupun begitu, kami tidak dapat menjalankan latihan di Bukit Jalil buat masa ini kerana PKP.

Jika anda memilih latihan maya, anda akan menerima SMS dengan pautan untuk membuka latihan maya. Anda perlu lulus latihan maya kami untuk tujuan pengesahan akaun. Markah minimum untuk lulus latihan tersebut ialah 28, dan anda mempunyai 3 percubaan dalam latihan tersebut. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi admin Bahagian Operasi kami di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk bantuan dengan permohonan anda.

Akaun rakan penghantar
Bagaimana caranya untuk menyahaktifkan akaun penghantar saya?

Jika anda ingin berhenti dari berkhidmat dengan kami, anda boleh memadam akaun anda dari aplikasi. Klik 'Profil', 'Tetapan' dan 'Lihat Maklumat Peribadi'. Akhir sekali, klik 'Padam Akaun'.

Pesanan
Bagaimana cara untuk terima pesanan?

Untuk menerima pesanan menggunakan aplikasi Lalamove:
1. Klik ikon "Pengambilan"
2. Pastikan status 'Bekerja' sedang dibuka
3. Pastikan anda tiada pesanan menunggu atau pesanan yang sudah diambil
4. Ambil pesanan

Pesanan
Berapa harga bayaran pesanan?

Harga perkhidmatan bergantung kepada pelbagai faktor seperti situasi trafik, jumlah pesanan, ketersediaan rakan pemandu, surcaj dan sebagainya. Harga perkhidmatan boleh berubah mengikut faktor-faktor ini. Harga yang dipaparkan semasa permintaan mungkin berbeza jika terdapat perubahan dalam maklumat pesanan

Pesanan
Maklumat pesanan apakah yang boleh saya lihat?

Setelah anda menerima pesanan, anda boleh melihat alamat dan nombor telefon pelanggan.

Pesanan
Bagaimana saya boleh menghubungi pelanggan?

Anda boleh melihat nombor telefon pelanggan dengan menekan ikon telefon. Jika anda menekan ikon tersebut, telefon anda akan menghubungi pelanggan secara automatik. Anda juga boleh mesej pelanggan.

Pesanan
Mengapa saya tidak boleh menerima pesanan?

Cuba buang dan muat turun semula aplikasi Lalamove. Kemudian, log masuk ke akaun anda seperti biasa. Jika isu ini berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Bagaimana cara untuk semak rekod pesanan?

Klik pada "Rekod" dan tapis status pesanan yang anda cari. Contoh: Semasa, Sudah Diambil, Sudah Lengkap dan Dibatalkan

Pesanan
Berapa lama perlu saya melengkapkan perjalanan?

Tempoh perjalanan akan mengikut pesanan yang dinyatakan dalam aplikasi. Anda perlu melengkapkan pesanan mengikut jenis kenderaan anda.

Pesanan
Bagaimana jika saya tidak dapat atau tidak bersetuju dengan pembayaran?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Bagaimana saya boleh membatalkan pesanan?

Anda dinasihatkan untuk tidak membatalkan pesanan melainkan perlu (cth. Kereta rosak / kemalangan). Anda boleh membatalkan pesanan dalam aplikasi pemandu dalam tempoh tangguh dan selepas tempoh tangguh. Anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan. Sila hubungi pengguna dengan segera sebelum membatalkan tempahan.
Jika anda kerap membatalkan perjalanan atau pesanan berturut-turut, pengalaman anda di Platform Lalamove mungkin terjejas.

Dompet Lalamove
Bagaimana caranya untuk menambah nilai dompet Lalamove saya?

Klik “Dompet” dan “Tambah nilai”. Pilih nilai yang anda perlukan dan klik “Tambah Nilai Sekarang”. Seterusnya, klik “Pembayaran atas talian”. Isikan maklumat bank, alamat emel dan nombor telefon untuk menambah nilai.

Dompet Lalamove
Bagaimana caranya untuk mengeluarkan wang dari dompet Lalamove saya?

Klik “Dompet” dan “Maklumat kad bank”. Isikan nombor akaun bank, nama bank dan nama penuh, dan klik “Simpan”. Anda akan diminta untuk isikan kata laluan akaun Lalamove, bukan kata laluan akaun bank anda. Klik “Sahkan”.

 

Selepas anda menyimpan maklumat bank anda, klik “Dompet” dan “Keluarkan wang”. Masukkan jumlah wang yang anda perlukan dan sahkan transaksi. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Dompet Lalamove
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima wang dalam akaun bank saya?

Jika anda klik “Keluarkan wang” untuk permohonan keluarkan wang dari hari Isnin sehingga Rabu, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada malam hari Khamis/pagi hari Jumaat. Jika permohonan dilakukan dari hari Khamis sehingga Ahad, anda akan terima wang tersebut dalam akaun anda pada malam hari Isnin/pagi hari Selasa. Secara purata, kami memerlukan masa 3 hari untuk memproseskan permohonan pengeluaran wang.

Insentif
Adakah saya layak untuk mendapatkan bonus/insentif jika saya memenuhi kriteria yang diperlukan?

Ya, tetapi program insentif kami hanya disediakan untuk kereta dan motosikal saja. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai program insentif kami.

Insentif
Adakah Lalamove menawarkan program insentif yang lain?

Ya, ada! Kami mempunyai program sticker untuk semua jenis kenderaan, kecuali motosikal dengan bayaran bulanan. 

Selagi anda mempamerkan sticker tersebut, selagi itu kami akan membayar anda. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila mohon melalui aplikasi driver kami.

Insentif
Adakah sticker tersebut akan merosakkan cat kenderaan saya?

Sticker kami selamat digunakan untuk semua jenis badan kenderaan. Kemungkinan cat kenderaan untuk rosak disebabkan sticker kami adalah sangat tipis. Jika anda ingin menanggalkan sticker tersebut, anda boleh melawat pejabat kami supaya kami dapat melakukannya untuk anda.

Insentif
Bagaimana caranya untuk membeli Lalabag dan Lalajacket?

Anda perlu melawat kami di Lalamove Driver Centre berdekatan anda untuk membeli Lalabag dan Lalajacket. Kami hanya menerima pembayaran melalui pemindahan atas talian.

Semua Lalabag, Lalajacket atau barangan Lalamove lain yang dibeli mestilah diambil dalam tempoh 180 hari dari tarikh pembelian. Rakan pemandu tidak boleh mengambil barangan setelah tempoh tamat dan Lalamove akan membatalkan pembayaran. Rakan pemandu Lalamove boleh mengunjungi Pusat Pemandu Lalamove yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Rating
Bagaimana caranya untuk menyemak rating semasa?

Klik “Profil” dan “Rating” untuk melihat rating purata anda. Perbaiki rating dengan memohon jasa baik dari pelanggan anda untuk memberikan anda rating 5 bintang jika dia berpuas hati dengan perkhidmatan anda.

Rating
Bagaimana saya boleh menjadi penghantar kegemaran di kalangan pelanggan-pelanggan saya?

Mudah saja. Berikan perkhidmatan yang cemerlang untuk semua pelanggan anda. Dalam masa yang singkat, anda akan mempunyai ramai “Peminat” yang telah memilih anda sebagai penghantar kegemaran mereka!

Rating
Bagaimana caranya untuk menilai pelanggan saya?

Selepas pesanan telah dilengkapkan, klik “Rekod”. Anda boleh menilai pelanggan anda berdasarkan maklumat penghantaran mereka.

Bukti penghantaran (POD)
Apakah gambar yang diterima untuk membuktikan penghantaran yang berjaya?

 

Bukti Sah

 Gambar yang dianggap sebagai Bukti Penghantaran yang sah mestilah menunjukkan:
  • Gambar jelas menunjukkan barang yang dihantar di kawasan dengan pencahayaan yang baik semasa proses penghantaran

POD-1

POD-2

POD-3

  • Gambar jelas menunjukkan lokasi penghantaran pelanggan:
      - Nombor rumah, atau
    POD-4

    - Dokumen lif dengan alamat, atau
    POD-5

  • Pintu rumah pelanggan atau logo syarikat

 

Bukti Tidak Sah

  • Gambar lokasi yang kabur

Contoh:

POD-6

  • Gambar barangan diambil pada jarak dekat atau tidak jelas

Contoh:

POD-7

  • Gambar yang tiada kaitan dengan barangan dihantar

Contoh:

POD-8

  • Swafoto

Contoh:

POD-9

  • Gambar menutup kamera atau skrin kosong

Contoh:

POD-11

POD-10

Bukti penghantaran (POD)
Adakah penerima mesti memberikan tanda tangan bila pesanan telah dilengkapkan?
Pemandu boleh memilih untuk memuat naik tanda tangan pelanggan yang sah atau gambar Bukti Penghantaran.
Bukti penghantaran (POD)
Adakah gambar lokasi penghantaran diperlukan?
Ya, gambar barangan yang jelas di kawasan dengan pencahayaan yang baik semasa penghantaran diperlukan.
Bukti penghantaran (POD)
Apakah gambar yang diterima untuk lokasi penghantaran?
Bukti lokasi penghantaran pelanggan mestilah SENTIASA jelas:
  1. Jika anda menghantar di kawasan perumahan, nombor rumah mestilah jelas dalam gambar
  2. Jika nombor rumah tidak tersedia, anda boleh mengambil gambar dokumen lif yang berkaitan dengan lokasi yang mempunyai alamat bangunan
  3. Jika dokumen lif tidak mempunyai alamat bangunan, anda boleh menahan pesanan dan mengambil gambar dengan pintu rumah pelanggan
  4. Jika anda menghantar ke kawasan bukan perumahan atau kawasan yang anda tidak boleh menghantar melepasi kaunter hadapan, anda boleh mengambil gambar logo jelas di kawasan tersebut
  5. Gambar yang tidak mempunyai bukti jelas lokasi penghantaran mungkin tidak akan diterima sebagai Bukti Penghantaran yang sah
Bukti penghantaran (POD)
Adakah saya perlu mengambil gambar penerima?
Sila elakkan daripada mengambil gambar muka pelanggan atau dalaman rumah mereka.
Bukti penghantaran (POD)
Di mana saya boleh menghantar Bukti Penghantaran?

Sila patuhi langkah-langkah di bawah untuk memuat naik bukti penghantaran dalam aplikasi Lalamove

DRIVER REFERRAL (2)

Nota kecil akan muncul di bahagian kanan untuk menunjukkan anda perlu memuat naik bukti selepas penghantaran dilengkapkan

 

DRIVER REFERRAL (4)

Klik antara dua pilihan untuk memuat naik bukti penghantaran

 

DRIVER REFERRAL (3)

Muat naik bukti gambar yang telah diambil
Bukti penghantaran (POD)
Mengapa saya tidak boleh memuat naik gambar sebagai bukti penghantaran?
Ini mungkin kerana Pelanggan tidak membuka ciri Bukti Penghantaran dalam aplikasi mereka sebelum membuat pesanan.
Kepada pelanggan: Sila membuka ciri Bukti Penghantaran dalam Tetapan aplikasi anda
 
POD 3 NEW-3
 
 
Pesanan
Bagaimana saya boleh menukar maklumat pesanan?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Apa saya perlu lakukan jika barang tidak disediakan untuk pengambilan?

Sila hubungi pengguna melalui telefon atau Live Chat. Jika pengguna tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Apa perlu saya lakukan sekiranya terdapat salah faham mengenai bayaran dengan pengguna?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Mengapa saya tidak dapat jumpa lokasi pengambilan/penghantaran?

Jika anda tidak dapat mencari lokasi pengambilan/penghantaran, sila hubungi pengguna untuk penjelasan.

Pesanan
Bagaimana jika pengguna tiada di lokasi pengambilan atau tidak dapat dihubungi?

Sila hubungi pengguna melalui telefon atau Live Chat. Jika pengguna tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Saya mengesyaki pesanan mungkin berkaitan penipuan

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Pengguna tertinggal barang dalam kenderaan saya

Sila hubungi pengguna dan berbincang bagaimana untuk memulangkan barang kepada mereka. Jika pengguna tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Pengguna memilih servis/kenderaan yang salah

Jika pengguna salah memilih kenderaan/servis, sila nasihatkan pengguna untuk membatalkan pesanan dan menempah dengan kenderaan/servis yang betul. Jika pengguna enggan melakukannya, anda juga boleh membatalkan pesanan dan menyatakan sebabnya adalah pengguna bertanggungjawab untuk salah pilih kenderaan/servis. Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk membatalkan selepas tempoh tangguh.

Pesanan
Pengguna ingin menukar maklumat pesanan

Sila nasihatkan pengguna untuk menukar sendiri maklumat pesanan jika status pesanan masih dalam perjalanan untuk ke lokasi pengambilan. Butiran pesanan dan tambang akan ditukar secara automatik. Jika pengguna ingin menukar pesanan selepas anda tiba di lokasi pengambilan/penghantaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk menukar maklumat pesanan.

Pesanan
Bagaimana cara untuk menangani pengguna yang tidak sopan atau mengasari saya?

Memandangkan keselamatan anda adalah keutamaan kami, jika pengguna bersikap kasar atau tidak sopan, kami mencadangkan anda untuk berdiam diri dan kekal profesional. Sila cuba elakkan sikap mereka dan selesaikan pesanan dengan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, jika pengguna terus menghina anda atau mengasari anda dan keselamatan anda terancam, sila utamakan keselamatan anda.
Anda boleh meneruskan untuk membatalkan pesanan dan hubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan. Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika perlu.

Pesanan
Saya ingin membuat aduan tentang pengguna

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Pesanan
Bagaimana jika barangan melebihi kapasiti?

Sila galakkan pelanggan untuk membatalkan pesanan dan menempah semula, dan nyatakan sebab pembatalan adalah barangan terlalu besar untuk jenis kenderaan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan jika perlu.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pesanan:

1. Masukkan alamat untuk pengambilan dan penghantaran

Anda boleh pilih untuk membuat pesanan segera atau berjadual sekiranya perlu.
Pesanan segera: Rakan pemandu akan mengambil pesanan dalam masa 30 minit
Pesanan berjadual: Anda boleh menjadualkan masa pengambilan dari 30 minit hingga ke 30 hari

Jika anda ingin menambah pelbagai hentian, klik pada “+ Tambah lokasi penghantaran” untuk menambah hentian. Anda boleh menambah sehingga 20 hentian pada pesanan yang sama.

2 - Pilih jenis kenderaan

Nilaikan saiz penghantaran anda dan pilih jenis kenderaan yang anda inginkan.
Jika anda tidak pasti tentang kapasiti untuk setiap jenis kenderaan, klik butang di sudut kanan atas untuk maklumat lanjut

3 - Pilih perkhidmatan tambahan

Anda juga boleh memilih perkhidmatan tambahan (seperti menambah Lalabag dan sebagainya) mengikut keperluan anda

4 - Tambah sebarang maklumat dan sahkan tempahan

Sekiranya terdapat sebarang maklumat tambahan yang ingin anda sampaikan kepada rakan pemandu, anda boleh tambah di laman seterusnya! Pastikan anda sahkan maklumat perhubungan dan pilih kaedah pembayaran. Sekiranya anda memiliki kupon atau kod diskaun, anda juga boleh menambah di laman tersebut.

Setelah selesai, klik “Buat pesanan” dan kami akan padankan anda dengan rakan pemandu.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak jadualkan pesanan?

Aplikasi Mudah Alih
Untuk jadualkan pesanan, sila klik "Sekarang" pada laman pesanan dan pilih "Kemudian". Anda kini boleh memilih masa pengambilan seawal 30 minit sehingga 30 hari kemudian.

Aplikasi Web
Untuk jadualkan pesanan, sila klik butang "Dijadualkan" setelah anda memasukkan maklumat pesanan. Anda kini boleh memilih masa pengambilan seawal 30 minit sehingga 30 hari kemudian.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan yang mempunyai lebih daripada satu lokasi penghantaran?

Klik “+ Tambah lokasi penghantaran” untuk menambah lokasi penghantaran. Anda boleh menambah sehingga 20 lokasi untuk satu pesanan.

Anda juga boleh menarik dan menyusun semula turutan lokasi penghantaran berdasarkan keperluan anda.

Membuat Pesanan
Bagaimana rakan pemandu kegemaran saya boleh mengambil pesanan saya?

Jika anda mempunyai rakan pemandu kegemaran yang disimpan dalam akaun anda, anda boleh meminta rakan pemandu kegemaran anda untuk mengambil pesanan anda dahulu. Jika rakan pemandu kegemaran anda tidak berada atas talian, pesanan anda boleh diambil oleh rakan-rakan pemandu lain.


Aplikasi Mudah Alih

Pada laman "Tambah maklumat", aktifkan "Pemandu kegemaran terlebih dahulu". Pesanan anda akan dipaparkan kepada rakan-rakan pemandu kegemaran anda dahulu.

 

Aplikasi Web

Tandakan butang "Beri kepada penghantar kegemaran dulu" di bawah bahagian "Nota  untuk pemandu"

 

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menghubungi rakan pemandu?

Setelah anda dipadankan dengan rakan pemandu, anda boleh melihat maklumat rakan pemandu tersebut. Rakan pemandu juga akan menghubungi anda melalui panggilan telefon untuk sahkan pesanan.

Jika anda ingin menghubungi rakan pemandu lagi, anda juga boleh menghubungi mereka di aplikasi menerusi maklumat pesanan

Aplikasi Mudah Alih


Anda boleh klik butang “Berbual” atau “Panggil” di bawah maklumat rakan pemandu untuk menggunakan ciri berbual dalam aplikasi atau menelefon rakan pemandu.

Aplikasi Laman Web
Anda boleh berbual terus dengan rakan pemandu. Anda juga boleh merujuk kepada nombor telefon rakan pemandu yang tertera di Maklumat Pesanan dan hubungi mereka melalui panggilan telefon.

Membuat Pesanan
Berapa lama masa untuk rakan penghantar tiba di lokasi pengambilan?

Setelah pesanan anda berjaya dipadankan, anda akan melihat anggaran masa ketibaan dalam peta. Sebaik sahaja rakan pemandu mengambil barang anda, masa yang disenaraikan ialah anggaran masa ketibaan ke lokasi penghantaran.

Sila ambil maklum bahawa masa yang disenaraikan adalah untuk rujukan sahaja dan boleh berubah atas sebab-sebab yang tidak dijangka seperti masalah lalu lintas dan cuaca.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menyemak status penghantaran?

Anda boleh semak lokasi rakan pemandu melalui laman pesanan. Anda boleh melihat lokasi rakan pemandu dalam masa nyata dan mendapat notifikasi apabila pesanan anda telah diselesaikan.

Anda juga boleh menghantar maklumat penjejakan pesanan kepada penerima anda dengan klik butang kongsi pada laman pesanan. Penerima anda boleh mengetahui status penghantaran dan anggaran masa ketibaan.

Membuat Pesanan
Apakah jenis-jenis status penghantaran yang ada?

Setiap status adalah status pesanan pada masa nyata. Beberapa status yang boleh muncul pada pesanan anda adalah:

Pada aplikasi mudah alih:
Mencari rakan pemandu: Kami sedang memadankan rakan pemandu untuk pesanan anda
Menunggu rakan pemandu: Pesanan anda telah dipadankan dengan rakan pemandu dan rakan pemandu sedang menuju ke lokasi pengambilan
Dalam perjalanan: Rakan pemandu telah tiba di lokasi pengambilan
Dalam penghantaran: Rakan pemandu telah tiba di lokasi penghantaran
Mengesahkan Bil: Rakan pemandu telah selesai menghantar pesanan dan mengesahkan bil akhir
Bil Selesai: Rakan pemandu telah menghantar bil akhir
Selesai: Penghantaran telah selesai dan bayaran telah dijelaskan
Dibatalkan: Pesanan anda telah dibatalkan

Pada aplikasi web
Padanan: Kami sedang memadankan rakan pemandu untuk pesanan anda
Sedang berlangsung: Pesanan anda telah dipadankan dengan rakan pemandu dan rakan pemandu sedang menuju ke lokasi pengambilan
Pengambilan Selesai: Rakan pemandu telah mengambil barang anda dan menuju ke lokasi penghantaran
Mengesahkan Bil: Rakan pemandu telah selesai menghantar pesanan dan mengesahkan bil akhir
Bil Selesai" Rakan pemandu telah menghantar bil terakhir dan menunggu pembayaran daripada pelanggan
Selesai: Penghantaran telah selesai dan bayaran telah diselesaikan
Dibatalkan: Pesanan anda dibatalkan

Membuat Pesanan
Bagaimana penerima boleh melihat status penghantaran terkini?

Anda boleh berkongsi pesanan dengan penerima di halaman pesanan.

Aplikasi Mudah Alih
Klik pada butang "Kongsi" pada laman pesanan dan penerima akan menerima penjejakan masa nyata penghantaran.

Aplikasi Laman Web
Klik pada butang "Jejak Pesanan" pada laman pesanan dan penerima akan menerima penjejakan masa nyata penghantaran.

Membuat Pesanan
Saya memerlukan rakan pemandu untuk membantu saya memindahkan barangan. Apakah perkhidmatan tambahan yang saya perlu ambil?

Pilih perkhidmatan "Pintu-ke-Pintu". Rakan pemandu dan pembantu (jika dipilih) akan memindahkan barang dari kenderaan ke premis dan sebaliknya.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak memberi rating kepada rakan penghantar?

Kami ambil berat mengenai pengalaman penghantaran anda. Selepas pesanan dipenuhi, anda disarankan untuk memberi rating kepada rakan pemandu. Jika anda ingin memberi rating kepada rakan pemandu kemudian, anda cuma perlu kembali ke laman maklumat pesanan dalam aplikasi atau panel maklumat pesanan dalam laman web.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak mengubah rating rakan pemandu?

Jika anda ingin memberi rating kepada rakan pemandu kemudian, anda cuma perlu kembali ke laman maklumat pesanan dalam aplikasi atau panel maklumat pesanan dalam laman web. Anda hanya perlu kembali ke laman pesanan dan klik ikon pensil di sebelah rating.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak mendapatkan bukti e-tandatangan pesanan?

Anda boleh buka laman "Tetapan" dalam aplikasi dan aktifkan butang “Terima e-tandatangan”. Pesanan anda kini memerlukan penerima untuk menandatangani resit.

Membuat Pesanan
Bagaimana hendak melihat gambar pesanan yang dimuat naik oleh rakan penghantar dalam aplikasi?

Sekiranya anda ingin semak gambar yang dimuat naik oleh rakan pemandu, anda boleh klik laman maklumat pesanan dalam aplikasi atau panel maklumat pesanan dalam laman web. Anda akan melihat gambar yang dimuat naik di bawah lokasi Penghantaran.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak mengubah maklumat pesanan?

Untuk mengubah maklumat pesanan, klik pada ikon di atas bahagian kanan pada laman pesanan dan pilih "Ubah pesanan" dari menu dalam aplikasi, atau tekan ikon "Ubah" di bahagian perjalanan dalam laman web.

Anda boleh mengubah lokasi penghantaran, maklumat penerima dan makumat kepada rakan pemandu. Perubahan harga akan tertakluk kepada kemaskini lokasi. Anda hanya dibenarkan untuk mengubah maklumat pesanan sekali sahaja.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak mengubah rakan pemandu?

Aplikasi Mudah Alih
Anda boleh klik pada ikon di sudut kanan asas dan pilih “Cari Rakan Pemandu Baru”

Aplikasi Laman Web
Klik “Cari Rakan Pemandu Baru” dalam kad rakan pemandu

Setelah diubah, pesanan anda akan tersedia untuk diambil oleh rakan pemandu yang lain. Sila ambil maklum anda hanya boleh mengubah rakan pemandu sekali sahaja untuk setiap pesanan.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Bagaimana hendak membatalkan pesanan?

Bagi pesanan yang belum dipadankan dengan rakan pemandu, anda boleh membatalkan pesanan bila-bila masa dengan klik “Batalkan Pesanan” pada laman pesanan di sudut kanan atas dalam aplikasi mudah alih atau di bawah sudut kanan bagi aplikasi web.

Bagi pesanan segera yang telah dipadankan dengan rakan pemandu, anda dibenarkan untuk membatalkan pesanan 9 minit dari masa padanan.

Bagi pesanan berjadual, anda dibenarkan untuk membatalkan pesanan 45 minit dari masa pengambilan yang dijadualkan setelah rakan pemandu telah dipadankan.

Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan 9 minit selepas masa padanan, sila hubungi pihak khidmat pelanggan kami. Sila ambil maklum bahawa caj pembatalan mungkin dikenakan selepas tempoh masa ini.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Adakah terdapat sebarang caj pembatalan?

Sekiranya penghantaran telah disahkan oleh rakan pemandu dan pembatalan dibuat semasa rakan pemandu dalam perjalanan atau tiba di lokasi penghantaran, anda akan dikenakan caj berikut:

Motosikal: RM 5
Kereta: RM 8 (RM 6 - Pulau Pinang & Johor)
Pikap 4x4 : RM 10
Van 7-kaki/9-kaki : RM 20
Lori Kecil 10-kaki: RM 30
Lori Sederhana 14-kaki: RM 50
Lori Besar 17-kaki: RM 50

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Mengapa saya tidak boleh membatalkan pesanan saya?

Anda hanya boleh membatalkan pesanan dalam tempoh penangguhan. Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan selepas itu, sila berhubung dengan ejen Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan. Sila ambil maklum bahawa caj pembatalan akan dikenakan.

Tempoh penangguhan:
Pesanan segera: 9 minit selepas dipadankan dengan pemandu.
Pesanan berjadual: 45 minit sebelum waktu pengambilan.

Mengedit Dan Membatal Pesanan
Kenapa saya tidak boleh mengubah pesanan saya?

Anda hanya boleh mengubah pesanan anda sebelum pemandu tiba di tempat pengambilan. Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan selepas itu, sila berhubung dengan ejen Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apakah perkhidmatan tambahan yang memerlukan penambahan bayaran?

Semasa memilih kenderaan, anda boleh melihat perkhidmatan tambahan yang disediakan dan kos yang berkaitan.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Adakah terdapat sebarang caj tempat letak kenderaan atau tol?

Caj tempat letak kenderaan atau tol akan dituntut berdasarkan kos sebenar dan akan dipersetujui bersama dengan Pengguna.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Berapakah caj penghantaran pesanan?

Harga perkhidmatan bergantung kepada pelbagai faktor seperti situasi trafik, jumlah pesanan, ketersediaan rakan pemandu, surcaj dan sebagainya. Harga perkhidmatan boleh berubah mengikut faktor-faktor ini. Harga yang dipaparkan semasa permintaan mungkin berbeza jika terdapat perubahan dalam maklumat pesanan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini atau penjelasan harga penghantaran di sini.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apa itu surcaj waktu puncak?

Surcaj Waktu Puncak meningkatkan peluang pesanan anda untuk dipadankan semasa waktu puncak. Lalamove akan menilai permintaan dan tawaran semasa dan melaksanakan surcaj ini dan ia akan dipaparkan secara automatik dalam bil anda.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?

Buat pembayaran tunai dengan tepat kepada rakan pemandu selepas selesai pesanan, atau bayar tanpa tunai dengan e-dompet Lalamove anda untuk transaksi yang mudah!

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk menggunakan dompet Lalamove?

Untuk menggunakan dompet Lalamove anda, anda boleh ubah kaedah pembayaran kepada “Pembayaran Atas Talian” dan buat pesanan. Anda akan dibawa ke laman untuk pilih kaedah pembayaran atas talian menggunakan dompet Lalamove.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana hendak menambah nilai dompet Lalamove saya?

Anda boleh pergi ke bahagian Dompet dalam akaun anda dan pilih “Tambah Nilai”. Anda boleh pilih salah satu pelan yang disenaraikan pada laman tambah nilai.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk mengubah kaedah pembayaran?

Anda boleh memilih kaedah pembayaran dalam laman pembayaran semasa membuat pesanan. Anda boleh pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan mengubah kaedah pembayaran untuk setiap pesanan mengikut keperluan anda.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk keluarkan wang daripada dompet Lalamove saya?

Maaf, kredit Lalamove anda tidak boleh dikembalikan.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk dapatkan e-resit untuk pesanan?

Aktifkan fungsi “Terima E-resit” dalam laman tetapan untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila isikan emel anda untuk mendapatkan e-resit.

Untuk mendapatkan e-resit bagi pesanan tertentu, tekan ‘Dapatkan Resit’ di bawah laman maklumat pesanan. Anda boleh pilih untuk menghantar semula resit atau muat turun versi PDF.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya tidak menerima e-resit. Mengapa?

Untuk mendapatkan e-resit bagi pesanan tertentu, tekan ‘Dapatkan Resit’ di bawah laman maklumat pesanan. Anda boleh pilih untuk menghantar semula resit atau muat turun versi PDF.

Sekiranya anda masih tidak dapat menerima resit, sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan selanjutnya.

Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya mengalami masalah untuk tambah nilai Dompet. Apa yang saya patut buat?

Sekiranya wang anda ditolak tetapi baki tidak didepositkan ke Dompet Lalamove, sila tunggu 24 jam kerana saluran pembayaran yang berbeza mempunyai tempoh menunggu yang berbeza.

Jika baki masih belum dimasukkan ke dalam dompet selepas 24 jam, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami dan sediakan rekod pembayaran sebagai bukti tambah nilai. Pihak kami akan membantu anda dalam pengesahan dan penyelesaian masalah.

Kupon Dan Promosi
Bagaimana caranya untuk menggunakan kupon atau kod promo Lalamove?

Anda boleh menambah kupon pada laman pembayaran dengan memasukkan kod kupon pada bahagian “Tambah kupon”. Setelah kupon dimasukkan, amaun berkaitan akan ditolak dari pesanan anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menambah kupon untuk kegunaan masa hadapan. Pergi ke laman “Dompet”, klik “Kupon” dan tambah kupon anda. Anda juga boleh melihat semua kupon anda di sini.

Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat rakan pemandu untuk pesanan saya

Kami memohon maaf sekiranya anda tidak dapat rakan pemandu untuk pesanan anda secepat mungkin. Ini mungkin kerana tiada rakan pemandu di kawasan anda atau semua rakan pemandu sedang sibuk dengan pesanan mereka.

Anda boleh cuba untuk menambah tip untuk menggalakkan rakan pemandu mengambil pesanan anda.

Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat mencari lokasi saya dalam peta

Sekiranya anda tidak jumpa alamat anda semasa mencari, anda boleh klik “Alamat salah atau tidak dijumpai?” untuk melaporkan lokasi yang tidak dijumpai. Pihak kami akan mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan isu ini.

Masalah Dengan Pesanan
Saya menghadapi masalah dengan penghantaran yang sedang berjalan

Sekiranya anda mengalami isu yang tidak dijangka dengan pesanan yang sedang berjalan dan tidak dapat diselesaikan dengan rakan pemandu, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Pesanan saya masih belum diselesaikan

Sekiranya pesanan anda masih belum diselesaikan, sila hubungi rakan pemandu dahulu dan minta status penghantaran dari mereka. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi rakan pemandu atau terdapat isu lain, sila hubungi pihak perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Saya ingin membuat aduan

Kami memohon maaf kerana pengalaman anda dengan kami tidak memuaskan. Sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Masalah Dengan Pesanan
Barangan pesanan saya rosak

 Kami memohon maaf kerana pengalaman anda dengan kami tidak memenuhi jangkaan anda. Sila kongsikan bukti-bukti yang berkenaan dengan kami untuk siasatan lanjut.

 

Jika anda adalah klien perniagaan kami, anda layak untuk membuat tuntutan untuk penghantaran anda.

Masalah Dengan Pesanan
Rakan pemandu saya tidak mengikut laluan yang dicadangkan dalam peta

Rakan pemandu mungkin akan menggunakan laluan lain daripada yang dicadangkan sekiranya terdapat situasi trafik yang tidak dijangka. Sekiranya anda mengesyaki rakan pemandu tidak bergerak ke arah lokasi penghantaran, sila hubungi rakan pemandu untuk semak semula. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Apakah yang patut saya lakukan jika rakan penghantar tidak responsif?

Untuk mengubah rakan pemandu, anda boleh klik pada ikon di sudut kanan atas laman pesanan dan pilih “Cari Rakan Pemandu Baru”. Setelah diubah, pesanan anda akan diambil oleh rakan pemandu yang lain.

Sila ambil maklum anda hanya boleh mengubah rakan pemandu sekali sahaja untuk setiap pesanan.

Masalah Dengan Pesanan
Mengapakah rakan pemandu saya meminta caj tambahan?

Caj yang dipaparkan di laman pesanan adalah caj yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat sebarang caj tambahan yang tidak dipersetujui oleh pengguna, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Masalah Dengan Pesanan
Apa yang akan terjadi sekiranya rakan penghantar tidak dapat menghantar pesanan?

Rakan pemandu akan menghubungi penerima setelah tiba di destinasi untuk mengesahkan penghantaran. Sila beri perhatian kepada panggilan daripada penghantar yang hampir ke destinasi.

Jika rakan pemandu tidak dapat menghantar, sila hubungi rakan pemandu untuk memberikan langkah seterusnya. Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan, sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan kami.

Masalah Dengan Pesanan
Saya ingin membuat tuntutan untuk barang hilang atau rosak (klien korporat saja)
Klien perniagaan layak membuat tuntutan untuk barang yang rosak atau hilang dalam masa 7 hari selepas penghantaran dipenuhi. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai polisi Perlindungan Barang dan terma dan syarat berkaitan dengan menghubungi pengurus akaun anda.
Profil Dan Akaun
Saya terlupa kata laluan

Jika anda terlupa kata laluan, klik “Lupa kata laluan” dan masukkan nombor telefon yang didaftarkan dengan akaun anda. Kami akan menghantar SMS atau menelefon anda untuk mengesahkan dan kemaskini kata laluan anda.

Profil Dan Akaun
Bagaimana cara untuk menetapkan semula kata laluan saya?

Untuk mengubah kata laluan anda, sila pergi ke Tetapan dan ubah kata laluan. Ikuti langkah-langkah yang diberikan.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk kemaskini nombor telefon saya?

Klik gambar profil anda pada bahagian atas sebelah kiri. Di bawah tetapan profil, anda akan dapat mengubah nombor telefon anda setelah melalui pengesahan.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk padamkan notifikasi aplikasi?

Bagi pengguna Android, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam laman tetapan peranti.

Bagi pengguna iOS, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam halaman tetapan aplikasi.

Namun, kami mengesyorkan anda untuk sentiasa membuka notifikasi agar anda tidak akan terlepas sebarang status pesanan atau promosi kami.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk mengubah bahasa dalam aplikasi?

Sila pergi ke “Tetapan” dan pilih Bahasa. Anda boleh mengubah bahasa yang disediakan di kawasan anda.

Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk mendaftar akaun?

Klik “Tiada akaun?” pada laman daftar masuk dan anda boleh mula mendaftar dengan peranti anda.

Secara alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan akaun Facebook, Google atau Apple dengan klik pada ikon yang berkenaan di laman log masuk. Anda akan dibawa kepada prosedur pendaftaran.

Barangan Dan Had Saiz
Apakah barangan yang tidak boleh dihantar dengan Lalamove?

Kami tidak menghantar penumpang atau haiwan. Kami juga tidak menghantar bahan-bahan kimia, bahan-bahan mudah terbakar, atau apa-apa saja barang yang boleh membahayakan rakan pemandu kami. Sila hubungi kami jika anda ingin mengetahui sama ada kami akan menghantar barang anda atau tidak.

Sila lihat senarai kami untuk maklumat lanjut mengenai barang-barang terlarang.

Barangan Dan Had Saiz
Apakah had saiz untuk barang penghantaran?

Had saiz bergantung kepada jenis kenderaan yang anda pilih!

Sila lihat laman harga kami untuk maklumat lanjut mengenai had saiz barang yang bergantung kepada jenis kenderaan.

Panduan untuk Pemandu
Bagaimana Lalamove berfungsi? Boleh saya sertai sebagai pemandu sambilan?

Lalamove ialah platform penghantaran on-demand yang membolehkan pengguna membuat pesanan melalui aplikasi atau laman web kami. Pemandu boleh menyertai sebagai pemandu sambilan di platform.

Panduan untuk Pemandu
Berapa jumlah yang saya boleh jana setiap minggu dengan Lalamove?

Jumlah yang anda boleh jana di platform Lalamove bergantung kepada pesanan yang anda lengkapkan. Lebih banyak pesanan yang anda lengkapkan, lebih banyak pendapatan yang anda akan jana.

Panduan untuk Pemandu
Adakah saya boleh menjadi pemandu e-hailing sahaja?

Tidak, anda hanya boleh menjadi pemandu e-hailing sekiranya anda merupakan pemandu penghantaran sedia ada.

Panduan untuk Pemandu
Bagaimana cara untuk jadi pemandu e-hailing?

Pastikan anda telah berdaftar sebagai Rakan Pemandu Penghantaran Lalamove terlebih dahulu. Kemudian, klik "Ingin mengambil pesanan perjalanan?" dan mula mendaftar sebagai rakan pemandu e-hailing.

Panduan untuk Pemandu
Mengapa saya perlu menjadi pemandu e-hailing?

Anda boleh mempelbagaikan dan memaksimumkan potensi pendapatan anda

Am
Bagaimana cara untuk terima pesanan?

Untuk menerima pesanan menggunakan aplikasi Lalamove:

1. Klik ikon "Pengambilan"

2. Pastikan status 'Bekerja' sedang dibuka

3. Pastikan anda tiada pesanan menunggu atau pesanan yang sudah diambil

4. Ambil pesanan

Am
Berapa harga bayaran pesanan?

Harga perkhidmatan bergantung kepada pelbagai faktor seperti situasi trafik, jumlah pesanan, ketersediaan rakan pemandu, surcaj dan sebagainya. Harga perkhidmatan boleh berubah mengikut faktor-faktor ini. Harga yang dipaparkan semasa permintaan mungkin berbeza jika terdapat perubahan dalam maklumat pesanan

Am
Maklumat pesanan apakah yang boleh saya lihat?

Setelah anda menerima pesanan, anda boleh melihat alamat dan nombor telefon pelanggan.

Am
Bagaimana saya boleh menghubungi pelanggan?

Anda boleh melihat nombor telefon pelanggan dengan menekan ikon telefon. Jika anda menekan ikon tersebut, telefon anda akan menghubungi pelanggan secara automatik. Anda juga boleh mesej pelanggan.

Am
Mengapa saya tidak boleh menerima pesanan?

Cuba buang dan muat turun semula aplikasi Lalamove. Kemudian, log masuk ke akaun anda seperti biasa. Jika isu ini berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Am
Bagaimana cara untuk semak rekod pesanan?

Klik pada "Rekod" dan tapis status pesanan yang anda cari. Contoh: Semasa, Sudah Diambil, Sudah Lengkap dan Dibatalkan

Am
Berapa lama perlu saya melengkapkan perjalanan?

Tempoh perjalanan akan mengikut pesanan yang dinyatakan dalam aplikasi. Anda perlu melengkapkan pesanan mengikut jenis kenderaan anda.

Am
Bagaimana jika saya tidak dapat atau tidak bersetuju dengan pembayaran?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Penukaran maklumat atau pembatalan pesanan
Bagaimana saya boleh membatalkan pesanan?

Anda dinasihatkan untuk tidak membatalkan pesanan melainkan perlu (cth. Kereta rosak / kemalangan). Anda boleh membatalkan pesanan dalam aplikasi pemandu dalam tempoh tangguh dan selepas tempoh tangguh.

Anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan. Sila hubungi pengguna dengan segera sebelum membatalkan tempahan.

Jika anda kerap membatalkan perjalanan atau pesanan berturut-turut, pengalaman anda di Platform Lalamove mungkin terjejas.

Penukaran maklumat atau pembatalan pesanan
Bagaimana saya boleh menukar maklumat pesanan?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya pelanggan tidak bersedia untuk perjalanan?

Sila hubungi pelanggan melalui telefon atau Live Chat. Jika pelanggan tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Apa perlu saya lakukan sekiranya terdapat salah faham mengenai bayaran dengan pelanggan?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Mengapa saya tidak dapat jumpa lokasi pengambilan atau destinasi penghantaran?

Jika anda tidak dapat mencari lokasi pengambilan atau destinasi, sila hubungi pelanggan untuk penjelasan.

Mengenai pelanggan
Bagaimana jika pelanggan tiada di lokasi pengambilan atau tidak dapat dihubungi?

Sila hubungi pelanggan melalui telefon atau Live Chat. Jika pelanggan tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Saya mengesyaki pesanan mungkin berkaitan penipuan

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Pelanggan tertinggal barang dalam kenderaan saya

Sila hubungi pelanggan dan berbincang bagaimana untuk memulangkan barang kepada mereka. Jika pelanggan tidak dapat dihubungi, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pengguna
Pelanggan memilih servis/kenderaan yang salah

Jika pelanggan salah memilih kenderaan/servis, sila nasihatkan pelanggan untuk membatalkan pesanan dan menempah dengan kenderaan/servis yang betul.

Jika pelanggan enggan melakukannya, anda juga boleh membatalkan pesanan dan menyatakan sebabnya adalah pelanggan bertanggungjawab untuk salah pilih kenderaan/servis.

Hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk membatalkan selepas tempoh tangguh.

Mengenai pelanggan
Pelanggan ingin menukar maklumat pesanan

Sila nasihatkan pelanggan untuk menukar sendiri maklumat pesanan jika status pesanan masih dalam perjalanan untuk ke lokasi pengambilan. Butiran pesanan dan tambang akan ditukar secara automatik.

Jika pelanggan ingin menukar pesanan selepas anda tiba di lokasi pengambilan/penghantaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk menukar maklumat pesanan.

Mengenai pelanggan
Bagaimana cara untuk menangani pelanggan yang tidak sopan atau mengasari saya?

Memandangkan keselamatan anda adalah keutamaan kami, jika pelanggan bersikap kasar atau tidak sopan, kami mencadangkan anda untuk berdiam diri dan kekal profesional. Sila cuba elakkan sikap mereka dan selesaikan pesanan dengan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, jika pelanggan terus menghina anda atau mengasari anda dan keselamatan anda terancam, sila utamakan keselamatan anda.

Anda boleh meneruskan untuk membatalkan pesanan dan hubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan. Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika perlu.

Mengenai pelanggan
Saya ingin membuat aduan tentang pelanggan

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

Mengenai pelanggan
Bagaimana jika pelanggan atau barangan mereka melebihi had kenderaan saya?

Sila galakkan pelanggan untuk membatalkan pesanan dan menempah semula, dan nyatakan sebab pembatalan adalah barangan terlalu besar untuk jenis kenderaan.

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan jika perlu.

Perlindungan Data
Adakah dokumen saya selamat?

Ya, data anda selamat bersama kami kerana dokumen anda akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh rujuk kepada laman web kami untuk maklumat lanjut mengenai Dasar Privasi kami.

Pemadanan Pesanan
Adakah saya dibenarkan untuk membawa orang lain untuk pesanan Ride?

Tidak, anda tidak dibenarkan membawa orang lain selain pelanggan untuk pesanan Ride

Keselamatan Pemandu
Bagaimana saya boleh memandu dengan selamat?

Patuhi had laju, hormati papan tanda trafik, gunakan alatan bebas tangan dan pastikan anda memakai tali pinggang keledar. Elakkan memandu untuk waktu yang lama. Jika kemalangan berlaku, maklumkan kepada pihak polis dan berkomunikasi dengan kami terus melalui ciri Live Chat.

Keselamatan Pemandu
Bagaimana saya boleh dapat bantuan kecemasan?

1. Klik pilihan 'Bantuan' yang terletak di bahagian kanan atas skrin anda.

2. Klik 'Dapatkan Bantuan Kecemasan'

3. Mulakan panggilan telefon kecemasan dengan meluncurkan skrin anda untuk menelefon talian kecemasan

4. SMS akan dihantar ke kenalan kecemasan anda untuk memaklumkan keadaan anda.

5. Pihak Khidmat Pelanggan Lalamove juga akan dimaklumkan untuk menghubungi anda dengan segera.

Keselamatan Pemandu
Bagaimana saya boleh membuat laporan tentang isu serangan, gangguan atau penderaan?

Jika anda ingin membuat laporan tentang isu serangan, gangguan atau penderaan, sila hubungi kami terus menerusi ciri Live Chat. Sila hubungi terus pihak berkuasa untuk bantuan isu yang serius.

Keselamatan Pemandu
Bagaimana saya boleh membuat laporan isu keselamatan?

Untuk membuat laporan isu keselamatan, anda boleh menghubungi kami terus di ciri Live Chat. Sila hubungi terus pihak berkuasa untuk bantuan isu yang serius.

Keselamatan Pemandu
Apakah yang patut saya lakukan jika saya perlu menghantar barangan terlarang?

Jangan terima atau hantar barangan terlarang atau merbahaya, walaupun jika diminta. Anda boleh membuat laporan polis dan menghubungi kami terus melalui Live Chat untuk membatalkan pesanan.

Maklumat Peribadi dan Kenderaan
Saya ada beberapa jenis kenderaan. Adakah saya dibenarkan untuk mendaftar semua kenderaan ke akaun saya?

Setiap akaun hanya boleh mendaftar dengan satu jenis  kenderaan sahaja.

Pendaftaran
Bagaimana saya boleh menyertai Latihan Maya?

Klik di sini untuk menyertai latihan maya: https://form.jotform.com/241450989593066}

Pendaftaran
Apakah dokumen yang diperlukan untuk saya mendaftar sebagai pemandu e-hailing?

Anda perlu menghantar lesen e-hailing, lesen PSV, insurans e-hailing, geran kenderaan dan polisi insurans kenderaan anda yang sah.

Pendaftaran
Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pemandu e-hailing?

Anda perlu memiliki kenderaan berusia tidak lebih 15 tahun, anda warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, mempunyai lesen memandu dan lesen PSV sah, memilki telefon pintar dan lulus semakan rekod jenayah.

Pendapatan
Bagaimana caranya untuk menambah nilai dompet Lalamove saya?

Klik “Dompet” dan “Tambah nilai”. Pilih nilai yang anda perlukan dan klik “Tambah Nilai Sekarang”. Seterusnya, klik “Pembayaran atas talian”. Isikan maklumat bank, alamat emel dan nombor telefon untuk menambah nilai.

Panduan untuk Pemandu
Dimanakah kawasan yang tersedia untuk Lalamove Ride?
Buat masa sekarang, servis Lalamove Ride beroperasi di beberapa kawasan terpilih di Lembah Klang. Sila rujuk kepada app kami untuk lokasi yang lebih tepat.
Panduan untuk Pemandu
Apakah jenis kenderaan yang menyokong Lalamove Ride?
Lalamove Ride menawarkan servis dengan kereta Sedan, SUV dan MPV.
Panduan untuk Pemandu
Apakah kapasiti untuk setiap jenis kenderaan?
Sedan: Sehingga 4 penumpang
SUV: Sehingga 5 penumpang
MPV: Sehingga 6 penumpang
Panduan untuk Pemandu
Adakah saya terlindung dengan insurans?
Hanya terpakai untuk isu yang dihadapi oleh pemandu Lalamove semasa perkhidmatan penghantaran atau perjalanan.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan?
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pesanan:

1. Masukkan alamat untuk pengambilan dan penghantaran

Anda boleh pilih untuk membuat pesanan segera atau berjadual berdasarkan keperluan anda:
Pesanan segera: Rakan pemandu akan mengambil pesanan dalam masa 30 minit

Jika anda ingin menambah pelbagai hentian, klik pada “+ Tambah lokasi hentian” untuk menambah hentian. Anda boleh menambah sehingga 5 hentian pada pesanan yang sama.

2. Pilih 'Kereta' sebagai jenis kenderaan anda

3. Masukkan nota dan sahkan pesanan anda

Jika terdapat sebarang maklumart yang anda ingin berikan kepada rakan pemandu, anda boleh masukkan di laman seterusnya. Sahkan maklumat telefon dan pilih kaedah pembayaran. Jika anda mempunyai kod kupon, anda juga boleh masukkan di laman yang sama.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak membuat pesanan yang mempunyai lebih daripada satu destinasi?
Klik “+ Tambah hentian” untuk menambah hentian. Anda boleh menambah sehingga 5 lokasi untuk satu pesanan.

Anda juga boleh menarik dan menyusun semula turutan lokasi hentian berdasarkan keperluan anda.
Membuat Pesanan
Bagaimana rakan pemandu kegemaran saya boleh mengambil pesanan saya?
Jika anda mempunyai rakan pemandu kegemaran yang disimpan dalam akaun anda, anda boleh meminta rakan pemandu kegemaran anda untuk mengambil pesanan anda dahulu. Jika rakan pemandu kegemaran anda tidak berada atas talian, pesanan anda boleh diambil oleh rakan-rakan pemandu lain.

Pada laman "Tambah maklumat", aktifkan "Pemandu kegemaran terlebih dahulu". Pesanan anda akan dipaparkan kepada rakan-rakan pemandu kegemaran anda dahulu.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menghubungi rakan pemandu?
Setelah anda dipadankan dengan rakan pemandu, anda boleh melihat maklumat rakan pemandu tersebut. Rakan pemandu juga akan menghubungi anda melalui panggilan telefon untuk sahkan pesanan.

Jika anda ingin menghubungi rakan pemandu lagi, anda juga boleh menghubungi mereka di aplikasi menerusi maklumat pesanan

Di bawah maklumat pemandu, anda boleh klik butang “Berbual” atau “Telefon” di bawah maklumat rakan pemandu untuk menggunakan ciri berbual dalam aplikasi atau menelefon rakan pemandu.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak memberi rating kepada rakan pemandu?
Kami ambil berat mengenai pengalaman perjalanan anda. Selepas pesanan dipenuhi, anda disarankan untuk memberi rating kepada rakan pemandu. Jika anda ingin memberi rating kepada rakan pemandu kemudian, anda cuma perlu kembali ke laman maklumat pesanan dalam aplikasi.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak mengubah rating rakan pemandu?
Jika anda ingin memberi rating kepada rakan pemandu kemudian, anda cuma perlu kembali ke laman maklumat pesanan dalam aplikasi. Anda hanya perlu kembali ke laman pesanan dan klik ikon pensil di sebelah rating.
Membuat Pesanan
Bagaimana hendak menyemak status penghantaran?
Anda boleh semak lokasi rakan pemandu melalui laman pesanan. Anda boleh melihat lokasi pemandu dalam masa nyata dan mendapat notifikasi apabila pesanan anda telah diselesaikan.

Anda juga boleh menghantar maklumat penjejakan pesanan dengan klik butang kongsi pada laman pesanan. Penerima anda boleh mengetahui status pesanan dan anggaran masa ketibaan.
Membuat Pesanan
Apakah jenis-jenis status pesanan yang ada?
Setiap status adalah status pesanan pada masa nyata. Beberapa status yang boleh muncul pada pesanan anda adalah:

Mencari rakan pemandu: Kami sedang memadankan rakan pemandu untuk pesanan anda
Menunggu rakan pemandu: Pesanan anda telah dipadankan dengan rakan pemandu dan pemandu sedang menuju ke lokasi pengambilan
Pemandu tiba: Rakan pemandu telah tiba di lokasi pengambilan. Bersedia untuk menghantar anda ke destinasi
Dalam perjalanan: Rakan pemandu sedang memandu ke destinasi
Selesai: Pesanan telah selesai dan bayaran telah dijelaskan
Dibatalkan: Pesanan anda telah dibatalkan
Membuat Pesanan
Berapakah anggaran masa perjalanan?
Setelah pesanan berjaya dipadankan, anda boleh melihat anggaran masa ketibaan di peta. Apabila pemandu telah mengambil pelanggan, masa yang dipaparkan adalah anggaran masa ketibaan ke destinasi.

Sila ambil maklum bahawa masa yang dipaparkan hanya untuk rujukan dan mungkin diubah mengikut sebab-sebab yang tidak dapat dielak seperti kesesakan lalu-lintas atau masalah cuaca.
Membuat Pesanan
Adakah terdapat caj menunggu dan caj pembatalan?
Caj menunggu dan caj pembatalan tidak terpakai untuk pesanan perjalanan.
Membuat Pesanan
Adakah pemandu atau pelanggan boleh membawa haiwan peliharaan dalam kenderaan?
Pemandu dan pelanggan tidak dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan dalam kenderaan.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana cara untuk mengubah kaedah pembayaran?
Anda boleh memilih kaedah pembayaran di laman pembayaran bila anda membuat pesanan. Anda boleh mengubah kaedah untuk setiap pesanan mengikut pilihan anda.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?
Buat pembayaran tunai dengan tepat kepada rakan pemandu selepas selesai pesanan, atau bayar tanpa tunai dengan e-dompet Lalamove anda untuk transaksi yang mudah!
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Adakah terdapat sebarang caj tempat letak kenderaan atau tol?
Caj tempat letak kenderaan atau tol akan dituntut berdasarkan kos sebenar dan akan dipersetujui bersama dengan Pengguna.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk menggunakan dompet Lalamove?
Untuk menggunakan dompet Lalamove anda, anda boleh ubah kaedah pembayaran kepada “Pembayaran Atas Talian” dan buat pesanan. Anda akan dibawa ke laman untuk pilih kaedah pembayaran atas talian menggunakan dompet Lalamove.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana hendak menambah nilai dompet Lalamove saya?
Anda boleh pergi ke bahagian Dompet dalam akaun anda dan pilih “Tambah Nilai”. Anda boleh pilih salah satu pelan yang disenaraikan pada laman tambah nilai.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya mengalami masalah untuk tambah nilai Dompet. Apa yang saya patut buat?
Sekiranya wang anda ditolak tetapi baki tidak didepositkan ke Dompet Lalamove, sila tunggu 24 jam kerana saluran pembayaran yang berbeza mempunyai tempoh menunggu yang berbeza.

Jika baki masih belum dimasukkan ke dalam dompet selepas 24 jam, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami dan sediakan rekod pembayaran sebagai bukti tambah nilai. Pihak kami akan membantu anda dalam pengesahan dan penyelesaian masalah.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk keluarkan wang daripada dompet Lalamove saya?
Maaf, kredit Lalamove anda tidak boleh dikembalikan.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk dapatkan e-resit untuk pesanan?
Aktifkan fungsi “Terima E-resit” dalam laman tetapan untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila isikan emel anda untuk mendapatkan e-resit.

Untuk mendapatkan e-resit bagi pesanan tertentu, tekan ‘Dapatkan Resit’ di bawah laman maklumat pesanan. Anda boleh pilih untuk menghantar semula resit atau muat turun versi PDF.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Saya tidak menerima e-resit. Mengapa?
Untuk mendapatkan e-resit bagi pesanan tertentu, tekan ‘Dapatkan Resit’ di bawah laman maklumat pesanan. Anda boleh pilih untuk menghantar semula resit atau muat turun versi PDF.

Sekiranya anda masih tidak dapat menerima resit, sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan selanjutnya.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk dapatkan e-resit untuk pesanan?
Aktifkan fungsi “Terima E-resit” dalam laman tetapan untuk mendapatkan e-resit untuk setiap pesanan. Sila isikan emel anda untuk mendapatkan e-resit.

Untuk mendapatkan e-resit bagi pesanan tertentu, tekan ‘Dapatkan Resit’ di bawah laman maklumat pesanan. Anda boleh pilih untuk menghantar semula resit atau muat turun versi PDF.
Harga Dan Kaedah Pembayaran
Bagaimana caranya untuk menggunakan kupon atau kod promo Lalamove?
Anda boleh menambah kupon pada laman pembayaran dengan memasukkan kod kupon pada bahagian “Tambah kupon”. Setelah kupon dimasukkan, amaun berkaitan akan ditolak dari pesanan anda.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menambah kupon untuk kegunaan masa hadapan. Pergi ke laman “Dompet”, klik “Kupon” dan tambah kupon anda. Anda juga boleh melihat semua kupon anda di sini.
Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat rakan pemandu untuk pesanan saya
Kami memohon maaf sekiranya anda tidak dapat rakan pemandu untuk pesanan anda secepat mungkin. Ini mungkin kerana tiada rakan pemandu di kawasan anda atau semua rakan pemandu sedang sibuk dengan pesanan mereka.

Anda boleh cuba untuk menambah tip untuk menggalakkan rakan pemandu mengambil pesanan anda.
Masalah Dengan Pesanan
Apakah yang patut saya lakukan jika rakan penghantar tidak responsif?
Anda boleh menghubungi rakan pemandu melalui ciri dalam aplikasi atau menelefon mereka.

Jika pemandu anda masih tidak responsif dan anda ingin mengubah rakan pemandu, anda boleh klik pada ikon di sudut kanan atas laman pesanan dan pilih “Cari Rakan Pemandu Baru”. Setelah diubah, pesanan anda akan diambil oleh rakan pemandu yang lain.
Masalah Dengan Pesanan
Berapa lama masa yang diambil untuk rakan pemandu tiba di lokasi pengambilan?
Setelah pesanan berjaya dipadankan, anda boleh melihat anggaran masa ketibaan di peta. Apabila pemandu telah mengambil pelanggan, masa yang dipaparkan adalah anggaran masa ketibaan ke destinasi.

Sila ambil maklum bahawa masa yang dipaparkan hanya untuk rujukan dan mungkin diubah mengikut sebab-sebab yang tidak dapat dielak seperti kesesakan lalu-lintas atau masalah cuaca.
Masalah Dengan Pesanan
Rakan pemandu saya tidak mengikut laluan yang dicadangkan dalam peta
Rakan pemandu mungkin akan menggunakan laluan lain daripada yang dicadangkan sekiranya terdapat situasi trafik yang tidak dijangka. Sekiranya anda mengesyaki rakan pemandu tidak bergerak ke arah destinasi, sila hubungi rakan pemandu untuk semak semula. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.
Masalah Dengan Pesanan
Saya menghadapi masalah dengan pesanan yang sedang berjalan
Sekiranya anda mengalami isu yang tidak dijangka dengan pesanan yang sedang berjalan dan tidak dapat diselesaikan dengan rakan pemandu, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.
Masalah Dengan Pesanan
Saya ingin membuat aduan
Kami memohon maaf kerana pengalaman anda dengan kami tidak memuaskan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan lanjut.
Masalah Dengan Pesanan
Saya tidak dapat mencari lokasi saya dalam peta
Sekiranya anda tidak jumpa alamat anda semasa mencari, anda boleh klik “Alamat salah atau tidak dijumpai?” untuk melaporkan lokasi yang tidak dijumpai. Pihak kami akan mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan isu ini.
Masalah Dengan Pesanan
Bagaimana cara untuk membatalkan pesanan?
Anda hanya boleh membatalkan pesanan dalam tempoh penangguhan. Jika anda ingin membatalkan pesanan selepas itu, sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk bantuan lanjut.
Masalah Dengan Pesanan
Bagaimana cara untuk mengubah maklumat pesanan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk bantuan lanjut.
Profil Dan Akaun
Saya terlupa kata laluan
Jika anda terlupa kata laluan, klik “Lupa kata laluan” dan masukkan nombor telefon yang didaftarkan dengan akaun anda. Kami akan menghantar SMS atau menelefon anda untuk mengesahkan dan kemaskini kata laluan anda.
Profil Dan Akaun
Bagaimana cara untuk menetapkan semula kata laluan saya?
Untuk mengubah kata laluan anda, sila pergi ke Tetapan dan ubah kata laluan. Ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk kemaskini nombor telefon saya?
Bagaimana caranya untuk kemaskini nombor telefon saya?
Profil Dan Akaun
Bagaimana caranya untuk mendaftar akaun?
Klik “Tiada akaun?” pada laman daftar masuk dan anda boleh mula mendaftar dengan peranti anda.

Secara alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan akaun Facebook, Google atau Apple dengan klik pada ikon yang berkenaan di laman log masuk. Anda akan dibawa kepada prosedur pendaftaran.
Maklumat Am
Apakah waktu operasi Lalamove?
Lalamove beroperasi 24/7 untuk memberikan servis terbaik untuk anda. Kami adalah pakar penghantaran segera atau berjadual dan servis e-hailing, memadankan anda kepada pemandu dalam beberapa saat sahaja.
Maklumat Am
Bagaimana caranya untuk padamkan notifikasi aplikasi?
Bagi pengguna Android, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam laman tetapan peranti.

Bagi pengguna iOS, anda boleh menghidupkan/mematikan notifikasi dalam halaman tetapan aplikasi.

Namun, kami mengesyorkan anda untuk sentiasa membuka notifikasi agar anda tidak akan terlepas sebarang status pesanan atau promosi kami.
Maklumat Am
Bagaimana caranya untuk mengubah bahasa dalam aplikasi?
Sila pergi ke “Tetapan” dan pilih Bahasa. Anda boleh mengubah bahasa yang disediakan di kawasan anda.
Am
Apakah Pengurusan Flit Lalamove?

Pengurusan Flit Lalamove ialah platform untuk pemilik flit mendaftar dan menguruskan pemandu dan kenderaan. Dengan ciri-ciri platform yang eksklusif, pemilik flit dapat melihat aktiviti-aktiviti harian pemandu dan kenderaan. Portal Pengurusan Flit boleh digunakan dengan aplikasi Lalamove Driver.

Am
Bagaimana saya boleh mendaftar?

Pemilik flit boleh mendaftar dengan mengisi borang di atas. Selepas anda menghantar borang tersebut, kami akan menghubungi anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklumkan melalui SMS yang mengandungi maklumat untuk log masuk. Seterusnya, anda boleh mula mendaftar kenderaan dan pemandu.

Am
Apakah syarat-syarat untuk menyertai Flit Lalamove?

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Flit Lalamove:

- Pemilik Flit mesti mempunyai minimum () kenderaan dan pemandu dalam

 

Flit Maklumat Yang Diperlukan:

- Nama Pemilik Flit atau Pengurus

- Nombor Telefon Pemilik Flit atau Pengurus

- Bandar

- Jenis Kenderaan dalam Flit

- Jumlah Pemandu dalam Flit

- Jumlah Kenderaan dalam Flit

 

Sila ambil maklum yang dokumen-dokumen lain mungkin diperlukan mengikut keperluan undang-undang

Am
Adakah saya perlu mendaftar pemandu saya secara individu?

Ya.Setiap pemandu akan memiliki akaun peribadi dalam aplikasi Lalamove Driver. Pemilik flit perlu memulakan pendaftaran untuk setiap pemandu dari portal. Seterusnya, pemandu sendiri perlu mengisi maklumat peribadi dan menyertakan dokumen yang berkaitan. Setelah akaun pemandu diluluskan, mereka akan dimasukkan ke dalam Flit secara automatik.

Am
Adakah saya masih perlu menggunakan aplikasi Lalamove seperti biasa?

Ya. Portal Pengurusan Flit berfungsi seperti biasa dengan aplikasi Lalamove Driver

Am
Saya sudah menyertai Lalamove sebagai pemandu. Bolehkah saya menyertai Flit?

Pemandu Lalamove yang sedia ada boleh menyertai Flit. Tetapi, mereka perlu dikeluarkan dulu sebelum didaftarkan semula sebagai pemandu Flit. Sila hubungi (contact details) untuk meneruskan pendaftaran

Pendaftaran Kenderaan
Bagaimana caranya untuk mendaftar kenderaan saya?

Pemilik flit boleh mendaftar kenderaan mereka dalam portal. Pendaftaran kenderaan adalah kategori yang berasingan dari pengurusan pemandu. Anda boleh mendaftar seberapa banyak kenderaan yang anda mahukan walaupun kenderaan anda lebih banyak dari pemandu yang bekerja untuk anda

Pendaftaran Kenderaan
Apakah kelebihan atau perbezaan Flit Lalamove?

Flit Lalamove menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang direka khas untuk menemui keperluan operasi pemilik flit:

- Kenderaan Flit boleh didaftarkan tanpa pemandu

- Pemilik Flit boleh mengurus kenderaan dan pemandu di bawah satu portal

- Pemilik Flit boleh mengoptimumkan penggunaan kenderaan dengan memadankan kenderaan dan pemandu bila-bila masa

- Pemilik flit akan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas operasi Flit

- Flit boleh menjana lebih banyak pendapatan dengan mengambil pesanan dalam aplikasi Lalamove Driver

Pendaftaran Kenderaan
Bolehkah pemandu berkongsi kenderaan di antara mereka?

Kenderaan yang didaftarkan dalam Flit boleh dikongsi di antara pemandu. Walaupun begitu, sebuah kenderaan hanya boleh dikendalikan oleh seorang pemandu pada sesuatu masa. Jika kenderaan tidak tersedia, pemilik flit boleh memadankan mana-mana kenderaan dengan pemandu untuk mengelakkan isu operasi

Pendaftaran Kenderaan
Apakah syarat-syarat untuk mendaftar kenderaan saya?

Berikut adalah senarai dokumen kenderaan dan gambar yang diperlukan semasa pendaftaran:

- Jenama dan model kenderaan

- Nombor plat kenderaan

- Tahun pembuatan kenderaan

- Gambar kenderaan

Dokumen-dokumen lain akan diminta, jika perlu, untuk pengesahan

Pendaftaran Kenderaan
Di mana saya boleh dapatkan bantuan sekiranya saya mempunyai masalah dengan pendaftaran kenderaan?

Jika anda mempunyai masalah, sila hubungi () untuk bantuan

Ajak Pemandu
Apa langkah seterusnya selepas saya mengajak pemandu?

Selepas anda mengajak pemandu baru, pemandu tersebut akan menerima SMS untuk memenuhi langkah-langkah seterusnya. Pemilik Flit juga boleh klik menu dengan tiga titik untuk menyalin pautan jemputan dan berkongsi dengan pemandu yang berkenaan. Pemilik Flit boleh memantau kemajuan pendaftaran dan status pemandu dalam seksyen Senarai Pemandu di portal.

Ajak Pemandu
Apa itu jenis kenderaan?

Jenis kenderaan adalah kategori kenderaan yang boleh dipandu oleh seseorang (seperi van,trak). Semasa pendaftaran pemandu, pemandu harus menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan dengan jenis kenderaan yang dipilih (seperti lesen)

Ajak Pemandu
Bolehkah pemandu saya memandu pelbagai jenis kenderaan?

Buat masa ini, seorang pemandu hanya boleh memandu satu jenis kenderaan. Ciri pelbagai kenderaan untuk pemandu akan dilancarkan tidak lama lagi

Pendaftaran Pemandu
Apakah dokumen/syarat-syarat untuk mendaftar pemandu saya?

- Kad pengenalan

- Lesen GDL

- Lesen memandu

Pendaftaran Pemandu
Apa yang saya perlu buat jika saya sudah melebihi had gagal untuk latihan maya?

Sila hubungi kami di 017-2459211 untuk bantuan.

Pendaftaran Pemandu
Apa langkah seterusnya selepas saya menghantar permohonan?

Lalamove akan mengkaji setiap permohonan pemandu dan keputusan akan dimaklumkan kepada pemilik Flit melalui SMS

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Saya memiliki pelbagai kenderaan dalam Flit. Bolehkah saya menukar pasangan kenderaan dan pemandu?

Ya, boleh. Kebiasaannya, terdapat banyak pemandu dan kenderaan dalam Flit. Anda boleh melihat Senarai Pemandu dalam portal Flit dan padankan pemandu dengan kenderaan yang anda inginkan, asalkan jenis kenderaan masih sama.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Bagaimana saya boleh menukar kenderaan pemandu saya?

Pastikan status pemandu dalam aplikasi Driver ialah 'Berehat sebentar'. Jika status tersebut dipatuhi, pemandu tersebut akan ditunjukkan dengan status 'Berehat sebentar' dalam portal Flit. Anda boleh memadankan atau memisahkan pemandu dari kenderaan asalkan mereka tiada penghantaran aktif.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Apakah kenderaan yang boleh dipandu oleh pemandu saya?

Setiap pemandu boleh dipadankan dengan mana-mana kenderaan berdaftar yang sama jenis dengan jenis kenderaan mereka. Sebagai contoh, pemandu van boleh melihat senarai van dalam 'Senarai Kenderaan'. Jenis-jenis kenderaan yang lain tidak akan ditunjukkan dalam senarai ini.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Kenapa saya tidak boleh memisahkan kenderaan dari pemandu saya?

Anda tidak boleh memisahkan kenderaan dari pemandu yang sedang memenuhi pesanan atau mempunyai status 'Bekerja'. Anda harus menunggu mereka menyelesaikan pesanan tersebut atau mereka menukar status kepada 'Berehat sebentar'.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Kenapa saya tidak dapat melihat kenderaan untuk digunakan?

Hanya kenderaan berdaftar yang sama dengan jenis kenderaan pemandu akan ditunjukkan dalam senarai padanan. Jika kenderaan anda masih berada dalam tab 'Pending' di Senarai Kenderaan, kenderaan tersebut belum bersedia untuk dipadankan.

Pemadanan Pemandu Dan Kenderaan
Bagaimana pemandu saya boleh tahu sekiranya kenderaan sudah ditukar?

Pemandu perlu menukar status ke 'Berehat sebentar' dalam aplikasi sebelum menukar kenderaan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memberitahu pemandu anda dulu sebelum membuat sebarang perubahan. Kami akan mengaktifkan notifikasi dalam aplikasi Driver untuk memudahkan pemberitahuan kepada pemandu jika terdapat perubahan kenderaan.

Pendaftaran
Apakah Akaun Platform dan Akaun Program?

Akaun Platform merujuk kepada akaun yang didaftarkan semasa anda mula mendaftar sebagai pengguna Lalamove. Akaun Program merujuk kepada akaun yang didaftarkan semasa pengguna Lalamove bersetuju untuk menyertai sebagai ahli Ganjaran Lalamove.

Pendaftaran
Adakah saya perlu muat turun aplikasi lain untuk menyertai Ganjaran Lalamove?

Tidak.

Ikuti langkah mudah di bawah dan anda boleh mula sertai Ganjaran Lalamove:

  1. Log masuk ke laman ‘Ganjaran’ di aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove.
  2. Baca dan terima Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove
  3. Tekan ‘Sertai Sekarang’

Anda kini boleh mula menjana LalaPoints.

Pendaftaran
Jika saya mempunyai akaun pengguna Lalamove, adakah saya perlu membuat akaun baru untuk mula menjana LalaPoints?

Tidak. Anda hanya perlu log masuk ke aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove, baca dan terima Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove di laman ‘Ganjaran’. Anda kini boleh mula menjana LalaPoints.

Pendaftaran
Adakah saya boleh jana dan tebus LalaPoints jika saya tidak memiliki telefon pintar?

Ya. Anda boleh log masuk ke laman ‘Ganjaran’ melalui aplikasi laman web Lalamove menggunakan komputer atau komputer riba untuk jana dan tebus LalaPoints.

Pendaftaran
Berapakah syarat umur untuk menyertai Program Ganjaran Lalamove?

Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai Program Ganjaran Lalamove.

Pendaftaran
Adakah saya perlu membayar yuran kemasukan untuk mula menjana LalaPoints?

Program ini adalah disertai secara percuma. Anda tidak perlu membayar sebarang yuran kemasukan.

Ganjaran Lalamove
Di manakah saya perlu bermastautin untuk menjana LalaPoints?

Buat masa ini, Ganjaran Lalamove hanya terpakai di Malaysia dan anda boleh mula menjana LalaPoints hanya jika anda melengkapkan pesanan dengan nombor telefon berdaftar di Malaysia. Pesanan yang dibuat di negara lain tidak boleh menjana mata di bawah akaun yang sama.

Ganjaran Lalamove
Bagaimana anda melindungi privasi dan butiran peribadi saya?

Kami memiliki dasar privasi yang ketat, dan butiran peribadi anda diuruskan dengan kerahsiaan sepenuhnya. Untuk melihat Terma dan Syarat dan Dasar Privasi kami tentang mengapa kami memerlukan maklumat peribadi dan bagaimana kami akan menggunakannya, anda boleh layari laman web kami https://www.lalamove.com/ms-my/privacy-policy untuk maklumat lanjut.

Ganjaran Lalamove
Bagaimana saya boleh menghubungi anda?

Anda boleh menghubungi kami menerusi Live Chat.

Tentang Ganjaran
Apa itu ganjaran?

“Ganjaran” adalah terma bagi kupon tunai, tawaran diskaun atau item disediakan dalam katalog Ganjaran Lalamove (contoh seperti baucar tunai dan hadiah fizikal)

Tentang Ganjaran
Di mana saya boleh lihat ganjaran?

Sama ada anda tekan pada butang ganjaran dalam aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove atau skrol melalui ganjaran yang dipaparkan dalam aplikasi. Anda juga boleh menapis ganjaran anda mengikut kategori - hanya pilih kategori relevan untuk melihat semua ganjaran dalam kategori tersebut.

Tentang Ganjaran
Adakah ganjaran akan tamat tempoh?

Tempoh sah untuk setiap ganjaran adalah berbeza. Setiap ganjaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang anda boleh dapati di maklumat tawaran sebelum anda menebus LalaPoints.

Menjana LalaPoints
Di mana saya boleh semak baki LalaPoints saya?

Anda boleh melihat baki LalaPoints anda dalam aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove pada laman ‘Ganjaran’. Klik pada baki LalaPoints dan anda boleh lihat rekod LalaPoints anda.

Menjana LalaPoints
Adakah saya boleh guna lebih dari satu kupon tunai untuk pesanan yang sama?

Setiap ganjaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang khusus, yang anda boleh lihat dalam maklumat tawaran sebelum menebus LalaPoints anda.

Menjana LalaPoints
Adakah saya akan mendapat baki jika pesanan saya bernilai kurang daripada nilai kupon tunai saya?

Tidak, keseluruhan jumlah dalam kupon tunai anda haruslah digunakan dalam pembelian. Pastikan harga pembelian anda adalah sama atau lebih daripada nilai kupon tunai anda. Sekiranya harga pembelian anda adalah kurang, anda masih boleh menggunakan kupon tunai namun anda akan kehilangan perbezaan nilai.

Menjana LalaPoints
Adakah terdapat tarikh luput pada kupon tunai?

Ya, setiap kupon tunai mempunyai tarikh luput yang anda boleh lihat dalam maklumat tawaran sebelum anda menebus LalaPoints.

Menjana LalaPoints
Saya telah menebus ganjaran tetapi ia tidak muncul dalam Program Akaun Ganjaran Lalamove saya. Apa yang patut saya lakukan?

Kupon tunai dan ganjaran lain sepatutnya dipaparkan serta merta dalam aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove anda. Sekiranya anda tidak dapat melihat kupon tunai anda, sila hubungi kami melalui Live Chat.

Menjana LalaPoints
Bagaimana saya boleh menjana LalaPoints?

Setelah anda baca dan terima Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove di laman ‘Ganjaran’, anda boleh menggunakan akaun Program anda untuk mengumpul LalaPoints. Anda boleh menjana LalaPoints bagi setiap pesanan yang dibuat. Bagi setiap pesanan yang telah disahkan, LalaPoints akan dimasukkan secara automatik ke dalam Akaun Program anda dalam tempoh 48 jam.

Menjana LalaPoints
Berapakah jumlah LalaPoints yang saya peroleh?

Anda akan memperoleh 1 LalaPoints bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan untuk sebarang pesanan yang dilengkapkan. Anda juga boleh semak bahagian “Bagaimana Untuk Menjana LalaPoints” di laman web rasmi kami. Ambil maklum bahawa caj servis tambahan tidak layak untuk menjana LalaPoints. Anda boleh melihat Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove untuk maklumat lanjut.

Menjana LalaPoints
Berapa lama tempoh LalaPoints akan kekal dengan saya?

LalaPoints akan tamat tempoh dalam 18 bulan. Sebagai contoh, semua LalaPoints yang dijana pada 1 Januari 2021 akan tampat tempoh pada 1 Julai 2022 sekiranya tidak ditebus. Selain itu, jika Akaun Program Ganjaran Lalamove anda juga tidak aktif untuk tempoh 18 bulan (tidak aktif bermaksud anda tidak menjana sebarang LalaPoints selama 18 bulan) Lalamove berhak untuk membatalkan Akaun Program Ganjaran Lalamove  (dengan atau tanpa notis). Anda dibenarkan untuk mendaftar sebagai ahli Ganjaran Lalamove sekali lagi sekiranya anda ingin menyertai semula program ini. 

Menjana LalaPoints
Adakah saya boleh menjana LalaPoints jika saya membuat pesanan daripada dompet akaun perniagaan?

Tidak. Anda tidak boleh menjana LalaPoints menggunakan akaun perniagaan. Anda boleh menggunakan akaun peribadi Lalamove anda untuk membuat pesanan bagi menjana LalaPoints.

Menjana LalaPoints
Adakah saya boleh menjana LalaPoints jika saya membuat pesanan melalui talian hotline?

Tidak, anda hanya boleh menjana LalaPoints bila anda membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove. Ejen talian hotline kami berbesar hati untuk membantu anda dengan cara menggunakannya.

Menjana LalaPoints
Adakah saya dapat menjana LalaPoints jika saya membayar menggunakan kod kupon?

Ya, tetapi jika anda membuat pesanan dengan hadiah atau kupon kod, anda tidak boleh menjana LalaPoints untuk jumlah diskaun.

Menjana LalaPoints
Adakah saya masih memperolehi LalaPoints jika saya tidak terima syarat Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove?

Kami tidak dapat membantu anda untuk menuntut semula LalaPoints sekiranya anda tidak berbuat demikian.

Menjana LalaPoints
Adakah saya boleh membeli LalaPoints tambahan?

Tidak, anda hanya boleh menjana LalaPoints bagi setiap pesanan yang lengkap.

Menggunakan LalaPoints
Adakah saya boleh berkongsi LalaPoints saya bersama ahli lain?

Tidak, LalaPoints tidak boleh dikongsi bersama ahli lain.

Menggunakan LalaPoints
Adakah saya boleh menukar LalaPoints untuk wang tunai?

Tidak, LalaPoints tidak boleh ditukar dengan wang tunai?

Menggunakan LalaPoints
Apakah yang berlaku kepada LalaPoints yang diperolehi dan akhirnya saya mendapat bayaran balik dari pesanan lengkap?

Bila Lalamove memproses bayaran balik untuk pesanan yang lengkap, LalaPoints yang berkaitan dengan pesanan tersebut akan ditolak secara automatik dari Akaun Program Ganjaran Lalamove anda. Lalamove berhak untuk membuat keputusan muktamad.

Menggunakan LalaPoints
Saya telah melengkapi pesanan dan menyelesaikan pembayaran, tetapi saya tidak memperoleh LalaPoints atau saya memperolehi jumlah LalaPoints yang kurang dari yang dijangka. Mengapa?

Ada beberapa sebab mengapa ini mungkin terjadi:

Situasi 1: Terdapat kemungkinan anda lupa untuk tekan sertai dan terima Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove sebelum membuat pesanan

Situasi 2: Sesetengah LalaPoints hanya akan dipaparkan dalam akaun Lalamove anda mengikut terma dan syarat tawaran. Contohnya, tempoh kelayakan untuk menebus.

Situasi 3: Sekiranya anda pengguna tetap Lalamove, sila tunggu untuk semak baki LalaPoints dan transaksi kerana ia mungkin mengambil masa sehingga 48 jam untuk dipaparkan dalam Akaun Program Ganjaran Lalamove anda. Dalam sesetengah keadaan, mungkin terdapat kelewatan dalam mengemaskini baki LalaPoints anda, tetapi Lalamove akan berusaha untuk memaparkan baki terkini secepat mungkin.

Situasi 4: Sesetengah pesanan adalah tidak layak untuk memperoleh LalaPoints. Pengecualian termasuk tambah nilai tunai ke dompet anda dan semua caj perkhidmatan tambahan (kecuali caj keutamaan) seperti caj tol dan sebagainya.

Menggunakan LalaPoints
Bagaimana saya boleh menggunakan LalaPoints saya?

Anda boleh menggunakan LalaPoints untuk menebus kupon Lalamove dan pelbagai hadiah menarik yang anda boleh lihat di laman ‘Ganjaran’ pada aplikasi mudah alih dan aplikasi laman web Lalamove.

Menggunakan LalaPoints
Bagaimana saya boleh tebus LalaPoints saya untuk kupon tunai?

Jika anda menebus LalaPoints anda dalam talian untuk kupon tunai di aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove, anda akan menerima kupon kod diskaun atau kod QR serta merta dan anda boleh terus menggunakannya dengan mana-mana Pihak Yang Mengambil Bahagian.

Promosi
Adakah saya boleh berkongsi tawaran?

Tidak, tawaran yang dihantar kepada anda adalah dibuat khusus untuk anda sahaja. Ahli lain mungkin tidak akan menerima tawaran sama dan menerima jumlah LalaPoints yang sama dengan anda.

Promosi
Bagaimana saya boleh memastikan saya tidak akan terlepas tawaran yang terbaik untuk saya?

Anda boleh semak tawaran setiap hari di aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove dan buka notifikasi Aplikasi anda untuk sentiasa mendapatkan tawaran terkini dari kami.

Promosi
Bagaimana saya boleh menjana mata bonus?

Nantikan berita terkini dari kami melalui laman web https://www.lalamove.com/en-my/, aplikasi mudah alih atau aplikasi laman web Lalamove dan laman ‘Ganjaran’. Kami akan berkongsi berita terkini tentang bagaimana untuk menjana LalaPoints bonus dari semasa ke semasa. Bonus LalaPoints yang layak diperolehi akan dikreditkan secara automatik ke akaun Lalamove anda.

Promosi
Adakah saya boleh pulangkan ganjaran yang diterima?

Tidak. Setelah anda menebus LalaPoints anda untuk ganjaran, ia tidak boleh dikembalikan. Sila pastikan anda baca Terma dan Syarat Program Ganjaran Lalamove dan terma dan syarat khusus untuk setiap tawaran sebelum menebus LalaPoints anda.

Bersedia Untuk Menghantar?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran yang pantas dan mudah