Apa itu Ganjaran Lalamove (Dan Kenapa Anda Patut Sertai!)

featured image

Kami tahu pelanggan Lalamove setia seperti anda sukakan perkhidmatan kami kerana bermacam-macam faktor. .

Di antaranya ialah penghantaran yang pantas, flit yang lengkap, penghantaran jarak jauh, dan banyak lagi kelebihan lain!

Tapi, bagaimana kalau kami beritahu anda yang anda boleh tebus pelbagai hadiah menarik bila menghantar dengan kami? Bayangkan anda hanya perlu mengumpul mata ganjaran untuk menebus kasut running impian anda?

Atau anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli minuman bubble tea kegemaran anda sebab anda dah sampai had bajet mingguan anda?

Eh… apa yang kami cuba nak sampaikan ni? 👀

Kami ingin beritahu anda yang menghantar pesanan dengan Lalamove akan jadi lebih syok lepas ini!

Anda sudah bersedia?

 

Mempersembahkan: Ganjaran Lalamove! 

Ganjaran Lalamove adalah program kesetiaan dengan konsep yang mudah: 

Anda akan menerima 1 LalaPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dengan penghantaran Lalamove. Setelah anda mencapai jumlah LalaPoints tertentu, anda boleh menggunakannya untuk menebus ganjaran. 

 

Apakah Ganjaran Yang Disediakan?

Sebagai tanda penghargaan sokongan anda kepada kami, mestilah kami nak berikan anda ganjaran yang terbaik!

Buat masa ini, ganjaran yang disediakan adalah seperti berikut:

Kupon Lalamove:

  • Kupon Lalamove RM3
  • Kupon Lalamove RM5
  • Kupon Lalamove RM10
  • Kupon Lalamove RM15

e-Baucar Gaya Hidup: 

  • e-Baucar Adidas Malaysia RM20

e-Baucar F&B: 

  • e-Baucar Black Whale RM10
  • e-Baucar Eat Cake Today RM10
  • e-Baucar Salad Atelier RM10
  • e-Baucar Starbucks Malaysia RM30
  • e-Baucar TGI Fridays RM100

Kami akan menambah lebih ganjaran dari semasa ke semasa. Jadi pastikan anda lawat bahagian Ganjaran dalam aplikasi kami untuk melihat ganjaran lain yang kami sediakan untuk anda. 

Sementara itu, anda boleh buka aplikasi kami dan daftar untuk Ganjaran Lalamove kerana kami menawarkan 1000 LalaPoints secara PERCUMA!

500 +500 LalaPoints Malay-1

Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Ganjaran Lalamove (500 LalaPoints) dan membuat pesanan pertama sebagai ahli (500 LalaPoints). 

Mudah saja, kan? 😉

Dapatkan 1000 LalaPoints Dengan Percuma

 

Bagaimana Saya Boleh Lihat Ganjaran Lalamove Dalam Aplikasi?

Tekan ikon ‘hamburger’ pada bahagian atas kiri di laman Utama aplikasi kami untuk melihat Program Ganjaran. 

laman utama aplikasi lalamove

menu utama aplikasi lalamove

Jika anda tidak dapat melihat Ganjaran dalam aplikasi, ini bermaksud anda belum mengemaskini aplikasi Lalamove anda kepada versi terbaru. Sila kemaskini aplikasi untuk mendapatkan akses kepada program kesetiaan ini. 

Dalam laman Ganjaran, anda boleh melihat jumlah LalaPoints terkini anda dan jenis e-baucar yang disediakan. 

Anda juga boleh melihat berita terkini mengenai Lalamove Rewards yang anda tidak boleh lepaskan sekiranya anda ingin mengumpul lebih banyak LalaPoints!

Laman Ganjaran adalah seperti berikut:

Ganjaran Lalamove homepage

 

Tekan ‘LalaPoints’ untuk melihat rekod LalaPoints anda

 

senarai rekod ganjaran lalamove

 

Adakah anda sudah mengumpul LalaPoints yang mencukupi untuk mula menuntut ganjaran?

Syabas! Seperti yang anda boleh lihat di sini, kami mempunyai pelbagai ganjaran yang anda boleh pilih. Sebelum anda menuntut ganjaran, pastikan anda membaca arahan dan Terma dan Syarat terlebih dahulu. Anda boleh melihat beberapa ganjaran terkini kami di sini:

dapatkan ganjaran lalamove

 

Adakah anda telah menuntut ganjaran? Jika ya, anda kini boleh melihat ganjaran yang dituntut di bahagian ‘Ganjaran Dituntut’. Pilih ganjaran yang anda ingin tebus di bahagian ‘Aktif’ dan tekan ‘Tandakan Sebagai Sudah Digunakan’.

Ganjaran saya - aktif

 

tandakan sebagai sudah digunakan

Setelah ganjaran telah digunakan, ganjaran tersebut akan beralih ke bahagian ‘Rekod’.

Ganjaran saya - rekod

 

Ganjaran yang anda tidak boleh lepaskan boleh didapati di ‘Ganjaran Utama’. 

Ganjaran Lalamove - ganjaran saya

Di bahagian ‘Terkini’, anda boleh melihat pengumuman atau tawaran terkini kami. Pastikan anda menyemak dari semasa ke semasa agar anda tidak ketinggalan!

Ganjaran Lalamove - terkini

Mula Mengumpul LalaPoints Sekarang

Bersedialah untuk menikmati penghantaran yang lebih menarik dengan Lalamove.

Anda pasti akan rasa gembira melihat LalaPoints anda terkumpul dari semasa ke semasa dan anda dapat menebus ganjaran hebat dengan mudah.

Buat pesanan hari ini untuk mulakan pengalaman Ganjaran Lalamove anda!

Jana LalaPoints dan Tebus Ganjaran Bersama Lalamove

Read more