Heroes Behind The Wheel: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati Ayah

“Paling susah sekali bila anak-anak tak ada di depan mata, jadi saya kena selalu call.”
Itu lah cabaran yang dihadapi oleh Mohd Izwan Bin Ab Manan yang terpaksa tinggal berjauhan dari keluarganya yang berada di Rantau Panjang, Kelantan.
Izwan, yang sebelum ini menetap di Kelantan, membuat keputusan besar untuk berpindah ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki buat isteri dan anak-anak di kampung.
Jom baca lebih lanjut tentang kisah Izwan dan keluarga kecilnya. Ini adalah bahagian pertama kisah hidup Izwan.
“Kita tinggal pun bukan sebab kita tak sayang…”
Sebelum Izwan berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau merupakan seorang pemandu lori di Kelantan.
Katanya, semasa dia menjadi pemandu lori, dia tidak dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga kerana harus bekerja dan bermalam di luar.
“Bila saya bekerja dengan orang, masa saya itu dibayar dan terhad. Ini membuatkan saya tak ada cukup masa untuk family.”
Izwan mempunyai dua orang anak yang berumur enam tahun dan dua tahun. Beliau mengakui bukan mudah untuk dia menerangkan tentang penghijrahannya ke Kuala Lumpur, terutama pada anak sulungnya.
“Susah nak explain kat anak saya, lagi-lagi dengan umur dia macam tu. Apa yang kita cakap, bukan 100% dia akan faham. Terpaksa lah kita slow-slow terangkan sampai dia faham.”
Waktu pertama kali ingin menimang cahaya mata, Izwan sanggup mencari pemandu untuk menggantikan tempatnya demi menemani isterinya bersalin.
“Anak-anak adalah harta paling besar yang saya ada.”
“Saya sentiasa ada untuk anak-anak”
Kini, Izwan bekerja sebagai pemandu Pikap 4x4 Lalamove sepenuh masa. Walaupun terpisah sejauh 400km dari keluarga, Izwan mempunyai lebih banyak masa untuk berhubung dengan mereka walaupun hanya melalui panggilan video.
Katanya, kini hari-hari dia dan keluarganya video call, tidak kira masa atau tempat, lagi-lagi jika ada waktu terluang ketika menunggu pesanan masuk.
“Sebelum anak-anak pergi sekolah, saya akan call mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang saya ambil tahu pasal diorang.”
Jauh disudut hati Izwan, dia rindu kepada anak-anak dan isterinya. Namun dia harus kuat demi memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Selain itu, Izwan juga akan pulang ke kampung sekali-sekala untuk berjumpa dengan keluarganya. Menurut Izwan, pesanan Lalamove banyak masuk pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Jadi, dia akan mengelakkan untuk pulang pada hari-hari tersebut. Izwan akan memilih hari Ahad atau Isnin dan bermalam di sana selama tiga hari, bergantung kepada keadaan.
Harapan Izwan Buat Anak-Anak
Ketika ditanya apakah cita-cita Izwan, dia hanya ingin membesarkan anak-anaknya dengan baik dan memberikan mereka pendidikan yang cukup.
Sebagai seorang ayah, Izwan berharap suatu hari nanti anak-anaknya faham tentang pengorbanan yang dia lakukan buat mereka.
“Saya tinggalkan mereka untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bukan bermaksud saya tak sayang."
"Sebab saya sayang dan memikirkan masa depan mereka lah saya melakukan pengorbanan ini,” tambahnya.
Wira Di Jalan Raya
Kisah Izwan adalah salah satu contoh rakan pemandu Lalamove yang cekal berusaha demi menyara keluarga tercinta.
Melalui kempen “Heroes Behind The Wheel”, kami akan berkongsi lebih kisah inspirasi kepada mereka yang ingin memperbaiki kehidupan insan tersayang.
Kempen ini juga memberi penghargaan kepada semangat dan kerja keras rakan pemandu. Mereka bukan sahaja menghantar barang, tetapi juga merealisasikan harapan dan impian rakyat Malaysia.
Nantikan bahagian kedua pada 16 Jun ini. Kisah seterusnya akan menceritakan tentang pengorbanan ayah Izwan yang juga seorang rakan pemandu Lalamove.
Jika anda ingin menambah pendapatan dengan masa bekerja yang fleksibel, jom sertai sebagai rakan pemandu Lalamove seperti Izwan.