Heroes Behind The Wheel: Dua Generasi, Satu Impian

featured image

Pada bahagian pertama, kami telah berkongsi serba sedikit tentang Izwan, seorang rakan pemandu Lalamove yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kecilnya yang berada di Kelantan.

Kini, Izwan menetap di Kuala Lumpur bersama ibu bapanya demi mencari rezeki.

Untuk blog yang kedua ini, kami ingin berkongsi pula tentang Izwan dan bapanya Ab Manan yang juga seorang rakan pemandu Lalamove dengan kenderaan Pikap 4x4.

Jom baca kisah mereka dengan lebih lanjut.

 

Pengorbanan Bapa Di Setiap Perjalanan Usia

 

Izwans Big Family

 

Ab Manan bin Mahmood, bapa kepada sembilan orang anak ini seorang yang cekal dan tabah dalam menyara keluarga.

Berkat usaha dan ketekunan Ab Manan, beliau dapat menghantar dua orang anaknya ke luar negara untuk menyambung pelajaran tanpa perlu meminjam pinjaman pendidikan.

“Dari sekolah darjah, sekolah menengah dan sampailah ke universiti ayah tanggung kami sendiri tanpa pinjaman. Alhamdulillah saya dapat belajar di Mesir dan kakak saya dapat pergi belajar di UK”, kata Izwan yang merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga.

Kini anak-anaknya sudah dewasa dan ada juga yang sudah berkahwin.

Walaupun mempunyai beberapa aset seperti rumah dan kedai sewa, Ab Manan masih kuat untuk bekerja demi menjaga keselesaan isteri serta anak-anaknya.

Sebab itu pada usia 65 tahun, Ab Manan mula bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove.

 

Ditemani Kasih Bapa Ketika Bekerja

 

Izwan and his dad

Antara sebab utama Ab Manan menjadi rakan pemandu Lalamove adalah kerana anak tercinta.

“Saya cuma nak bagi semangat dekat dia, saya buat kerja ni sebagai part time saja,” kata Ab Manan.

Pada masa yang sama, Ab Manan juga ingin mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah yang boleh mendatangkan pendapatan.

Menurut Izwan, beliau membawa ayahnya semasa mengambil job agar ayahnya lebih faham cara bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove.

”Dari situ saya cuba yakinkan dia yang kerja ini kita boleh pilih sama ada kita nak ambil atau tidak,” kata Izwan.

Setelah sebulan mengikuti Izwan melakukan penghantaran, Ab Manan membuat keputusan untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove melalui Program Rujukan Rakan Pemandu yang dikongsi oleh Izwan.

Melalui program ini, kedua-dua Izwan dan ayahnya menerima ganjaran tunai setelah Ab Manan menjadi rakan pemandu Lalamove dan melengkapkan misi mudah.

Tambahan pula, Ab Manan juga inginkan pekerjaan yang dapat memberikan bayaran secara terus.

Bagi yang belum tahu, di Lalamove, anda boleh ‘Cash Out’ pendapatan terus ke dalam akaun bank dengan mudah.

 

“Buat Kerja Biar Sehabis Baik”

 

Izwan dan ayah

 

Menurut Izwan, bapanya seorang yang tekad dalam melakukan sesuatu perkara. Ini adalah salah satu sifat yang Izwan pelajari dari bapanya.

“Ayah saya ni, kalau dia makan, dia tak tinggal sebiji pun nasi dalam pinggan. Macam tu juga lah dia buat kerja, dia buat sampai habis,” tambah Izwan.

Menjadi seorang rakan pemandu Lalamove pada usianya boleh membawa cabaran tersendiri, namun dengan niat dan hasrat yang kuat, Ab Manan mampu untuk melakukannya.

“Saya memang tak berapa larat, tapi saya tengok Lalamove ni mudah. Bila saya pergi tempat pickup dan drop-off, mereka yang tolong masukkan dan keluarkan barang,” kata Ab Manan.

Ini adalah bukti kudrat seorang bapa demi memberi keselesaan dan sokongan kepada anak-anak walaupun di usia sebegini.

 

Hero Sejati Keluarga

 

Izwans Family

 

Sama seperti kebanyakan ibu bapa, Ab Manan berharap anaknya Izwan bahagia di dunia dan akhirat.

Beliau juga berharap anaknya dapat mencapai cita-cita untuk membeli rumah di Kuala Lumpur supaya dia dapat membawa anak-anak dan isterinya duduk bersama tanpa perlu berjauhan lagi.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan pemandu yang terus setia bersama Lalamove. Kami amat menghargai jasa dan titik peluh anda.

Kami akan terus kongsikan kisah-kisah rakan pemandu Lalamove melalui kempen “Heroes Behind The Wheel” yang bertujuan untuk menghargai semangat dan perjuangan rakan pemandu dalam membina kehidupan sendiri dan juga yang tersayang.

Jika berminat untuk mencuba menjadi rakan pemandu Lalamove seperti Izwan dan Ab Manan, anda boleh mendaftar dengan menekan butang di bawah:

Tambah Pendapatan Dengan Menjadi Rakan Pemandu Lalamove

Baca kisah Izwan bahagian pertama:

Heroes Behind The Wheel: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati Ayah

 

Jangan lupa untuk tonton juga kisah penuh kasih sayang dan pengorbanan Izwan dan ayahnya:

 

Heroes Behind The Wheel Jauh Di Mata, Dekat Di Hati Ayah

Read more