Jangan Membazir! 5 Cara Untuk Kurangkan Pembaziran Bulan Ramadan
Selamat menyambut Hari Kitar Semula Global!
Hari ini disambut khas untuk menyeru anda untuk terus melaksanakan 3R iaitu kurangkan pembuangan sisa, guna semula dan kitar semula demi kelestarian alam sekitar.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, jom lihat 5 cara-cara untuk anda menjaga kelestarian alam sekitar dengan kitar semula dan mengurangkan pembaziran makanan!
1. Elakkan Penggunaan Plastik Di Bazar Ramadan
Memang seronok bila dapat pergi bazar Ramadan, kan?
Nak pergi boleh, cuma pastikan anda mengurangkan penggunaan plastik yang berlebihan.
Anda boleh cuba untuk bawa beg anda sendiri dan elakkan mengambil penyedut minuman atau straw jika membeli minuman.
Kalau nak 'tapau' makanan dalam bekas makanan sendiri, sememangnya digalakkan!
2. Kurangkan Pembaziran Makanan
Bila sedang berpuasa, semua makanan memang nampak sedap!
Kalau boleh, semua gerai di bazar kita nak singgah dan beli!
Tapi tahukah anda 90,000 tan makanan dibazirkan dan dibuang di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2023?
Ya, ini sememangnya fakta yang mengejutkan!
Jadi, pastikan anda kurangkan pembaziran makanan dengan membeli makanan yang perlu sahaja.
3. Asingkan Sisa Makanan
Adakah anda sering sisa makanan selepas berbuka? Jika tidak, inilah masanya untuk anda mula!
Pastikan anda asingkan sisa makanan dan sisa kitar semula.
Contohnya, asingkan sisa nasi goreng daripada bekas plastik. Masukkan dalam tong sampah yang berbeza, ya!
Ini dapat membantu proses kitar semula yang lebih mudah.
Tak susah pun!
4. Kitar Semula Barangan Terpakai
Bulan puasa ni mesti ramai akan kemas rumah, betul tak?
Jangan terus buang tau barangan yang tidak digunakan!
Pastikan anda kitar semula barangan yang diperbuat dari plastik, kertas, aluminium, kaca dan minyak terpakai.
Nak lebih senang, order je Lalamove untuk hantar barangan anda ke pusat kitar semula!
Lebih jimat kalau anda kitar semula bersama jiran-jiran, jadi boleh jimatkan kos penghantaran!
5. Jadi Pengguna Bijak
Lebih dari makanan, bulan Ramadan adalah bulan di mana kita semua sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya.
Nak beli baju Raya baru, beg tangan baru, perabot baru dan macam-macam lagi!
Tapi, chup!
Adakah kita perlu beli semua barangan baharu? Apakah keperluannya? Adakah barangan yang anda nak beli boleh digunakan berkali-kali? Adakah barangan tersebut boleh mencemarkan alam sekitar?
Inilah soalan-soalan yang anda perlu tanya sebelum membeli-belah untuk musim Raya ini!
Bulan Ramadan Adalah Masa Terbaik Untuk Menjaga Bumi!
Selepas anda baca tips-tips di atas, mesti anda rasa lebih mudah untuk menjaga bumi, kan?
Dan bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk anda praktikkan kehidupan yang lebih 'hijau' demi masa depan kita semua.
Selamat berpuasa!