The Food Purveyor & Lalamove: Penghantaran Barangan Runcit Online
Setelah gelombang pandemik mula surut, ia meninggalkan kesan terhadap tingkah laku pengguna dan bagaimana peruncit berhadapan dengan permintaan pasaran. Operasi kedai runcit yang dahulunya lebih selesa beroperasi dari premis fizikal kini lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam transformasi digital berlandaskan konsep e-dagang.
Salah satu peruncit yang semakin aktif dalam e-dagang adalah The Food Purveyor. Syarikat ini adalah pemilik pemilik pasar raya Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer (B.I.G) di serata Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. The Food Purveyor telah memperkenalkan Bites Shop pada April 2020 sebagai platform e-dagang mereka dan melancarkan aplikasi mudah alih The Bites Shop pada Januari 2022.
Seperti usaha e-dagang yang lain, penghantaran barangan runcit secara online adalah penting untuk operasi The Food Purveyor. Di sinilah kelebihan Lalamove memainkan peranan penting untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik bersama Bites Shop.
Menemui Permintaan Untuk Penghantaran Barangan Runcit Secara Online
“Kami mempunyai rangka perancangan yang menyeluruh untuk Bites Shop sebelum 2020. Namun, pelan perlaksanaan Bites Shop terpaksa dipercepatkan kerana pandemik dan perintah berkurung. Jadi, bahagian e-dagang The Food Purveyor ini akhirnya dilaksanakan pada April 2020,” kata pengurus operasi The Food Purveyor, Encik Gregory.
Pasar raya Bites Shop dilancarkan tepat pada masanya.
Pelanggan boleh mendapatkan tawaran, barangan popular dan kategori dengan mudah dalam aplikasi Bites Shop
Disebabkan perintah kawalan pergerakan dan kesedaran untuk melindungi diri, pengguna online mula meningkat secara mendadak dan menjadi penggalak untuk platform e-dagang berkembang dengan pesat.
“Kami adalah pembekal barangan asas seperti makanan sejuk beku, peralatan mencuci dan peralatan mandian. Terdapat banyak laporan mengenai permintaan untuk penghantaran barangan runcit online yang naik secara mendadak pada 2020. Keputusan untuk berkecimpung dalam e-dagang ini datang kepada kami tepat pada masanya dalam pandemik.”
Walaupun ramai pelanggan sudah mula mengunjungi premis-premis fizikal setelah kawalan pergerakan dikurangkan dan peratus vaksinasi semakin tinggi, kemudahan penghantaran barangan runcit masih kekal relevan.
“Tanda pasaran menunjukkan peningkatan pendapatan dan liputan e-dagang di Malaysia. Malah, Malaysia juga mempunyai jumlah pembeli online yang tertinggi, iaitu 88% daripada populasi. Jumlah ini lebih tinggi dari purata serantau iaitu 78%.
“Tambahan pula, kami memiliki pengalaman dan model perniagaan dalam industri barangan runcit premium yang berjaya selama 18 tahun. Walaupun jualan dari premis fizikal akan kekal menjadi sumber pendapatan utama kami, usaha e-dagang kami dengan Bites Shop akan diteruskan untuk kekal relevan dengan trend dan sikap pelanggan yang sentiasa berkembang.”
Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik Bersama Lalamove
Walaupun En Gregory dan bahagian e-dagang The Food Purveyor sudah mengenal pasti teknologi di sebalik Bites Shop, namun hubungan mereka dengan pelanggan dibina melalui penghantaran segera.
“Dengan mempercepatkan usaha e-dagang pada tahun 2020, kami telah mencipta peluang, cabaran dan norma yang dapat menentukan bagaimana kami membeli dan menjual barangan. Integrasi teknologi menerusi rantaian bekalan amat penting untuk menyokong sebuah perniagaan e-dagang dan mengekalkan pengalaman baik untuk pelanggan semasa mereka membeli-belah,” tambah En Gregory.
Cabaran Dengan Flit Dalaman
Pada mulanya, The Food Purveyor menyerahkan tugas penghantaran pesanan Bites Shop kepada flit penghantaran dalaman. Walaupun usaha awal mereka untuk menguruskan penghantaran perniagaan mencapai beberapa sasaran, kos flit penghantaran yang perlu ditanggung mula meninggalkan kesan kepada keuntungan Bites Shop.
Jumlah penghantaran Bites Shop adalah sangat menggalakkan. Tetapi, jumlah penghantaran sepanjang waktu operasi Village Grocer dan B.I.G semasa hari-hari bekerja dan hujung minggu mempunyai pasang surut. Walau bagaimanapun, gaji mingguan penghantar tetap kekal, tidak kira jumlah penghantaran yang diterima.
“Sesetengah penghantar mengambil lebih banyak pesanan dari yang lain, manakala ada penghantar yang tidak memenuhkan jadual kerja mereka. Ada juga yang mengambil kurang pesanan pada hari yang tidak sibuk. Tetapi, kami perlu membayar gaji mereka mengikut persetujuan. Akhirnya, gaji mereka menjadi kos tetap buat kami dengan pulangan yang tidak stabil.”
Selain daripada kos tetap, Gregory juga menghadapi cabaran operasi untuk melengkapkan setiap penghantaran dalam tempoh 2 jam. Bagi Bites Shop, penghantaran yang tepat pada masa hanya boleh didapati pada masa tertentu kerana mereka tidak memiliki dashboard untuk mengawasi perjalanan penghantar.
Mengatasi Cabaran Dengan Lalamove
Bagi sebuah perusahaan e-dagang yang masih baru seperti Bites Shop, mereka harus membuktikan daya saing mereka dari setiap aspek, termasuklah aspek penghantaran segera. Isu-isu seperti kos tetap dengan flit penghantaran dan waktu penghantaran yang kurang memuaskan menjadi galakan The Food Purveyor untuk berkerjasama dengan Lalamove pada pertengahan Julai 2020.
Ternyata kerjasama dengan Lalamove sememangnya membuahkan hasil.
Kos tetap yang ditangung dengan penghantar dalaman tidak lagi menjadi masalah selepas mereka mengalihkan tanggungjawab penghantaran segera ke Lalamove. Skim bayar-dengan-setiap-penghantaran Lalamove memberi kebebasan kepada The Food Purveyor untuk dipadankan dengan penghantar yang terlatih untuk setiap pesanan Bites Shop.
The Food Purveyor membuat pesanan penghantaran barangan runcit melalui aplikasi laman web Lalamove
“Dengan setiap penghantaran bersama Lalamove, kami mendapat nilai pulangan yang berbaloi daripada perbelanjaan kami. Kini, penghantar tidak perlu lagi membuang masa menunggu pesanan masuk. Malah, kami juga cuma perlu membayar penghantar mengikut pesanan individu. Ini amat berbeza dengan pengalaman kami menggunakan penghantar dalaman, di mana gaji mereka tidak sepadan dengan jumlah pesanan kami,” komen En Gregory.
“Rakan penghantar Lalamove hanya perlu tiba di kawasan pengambilan dalam tempoh slot penghantaran 2 jam. Rakan penghantar Lalamove mempunyai masa yang cukup dalam tempoh tersebut untuk melengkapkan penghantaran. Sekarang, kami melihat peningkatan sebanyak 70% dalam ketepatan masa penghantaran dalam tempoh yang ditetapkan pelanggan.”
Namun, dividen dengan Lalamove tidak terletak pada nilai dan ketepatan masa sahaja.
“Lalamove mampu menemui janji perkhidmatan penghantaran segera mereka dengan flit rakan penghantar yang luas. Kami boleh dipadankan dengan rakan penghantar motosikal atau kereta dalam masa 5 minit sahaja selepas membuat pesanan di aplikasi laman web.
En Gregory juga mempunyai komen tambahan mengenai menambah pengalaman baiknya bersama Lalamove:
“Sebelum ini, kami tidak dapat mengawasi perjalanan penghantar kami. Tetapi segala-galanya berubah selepas kami berkerjasama dengan Lalamove. Laman web Lalamove memberikan kami status penghantaran dalam masa nyata. Untuk perkhidmatan yang lebih telus, kami juga menerima bukti penghantaran apabila rakan penghantar Lalamove menghantar barangan runcit di alamat penerima,” tambah En Gregory.
Menyokong Syarikat E-Dagang Dengan Penghantaran Yang Lebih Pantas
Kerjasama dengan The Food Purveyor melambangkan ikrar Lalamove untuk menyokong perniagaan e-dagang yang berdaya saing. Perkhidmatan penghantaran segera Lalamove yang fleksibel, boleh dipercayai, dengan harga berpatutan telah terbukti menjadi aset penting untuk pengalaman perniagaan online bagi The Food Purveyor dan pelanggan mereka.
Lalamove menawarkan penyelesaian penghantaran yang sesuai untuk perniagaan kecil atau besar dalam sektor e-dagang, dengan menawarkan ciri-ciri utama seperti API dan plugin e-dagang seperti Shopify, WooCommerce dan Easy Store.
Tetapi penyelesaian penghantaran Lalamove bukan direka sekadar untuk e-dagang sahaja.
Sejak 2018, Lalamove menerajui perkhidmatan penghantaran segera dan pengoptimuman perniagaan dari serata industri. Baca lebih lanjut artikel-artikel kami yang lain (dalam Bahasa Inggeris) untuk melihat bagaimana kami menyokong PKS dengan penghantaran digital yang lebih pantas dan mudah.
How Soon Thye Hang Nurture Customers’ Trust With Lalamove’s On-Demand Deliveries
COOX And Lalamove: From Cloud Kitchen To Consumers’ Doorsteps
Realising Same Day Delivery For ALL IT’s Whatsapp-For-Delivery
Akhir sekali, jika anda berminat untuk mengikut jejak langkah En Gregory dengan mendaftar untuk akaun perniagaan Lalamove, sila layari laman perniagaan kami. Anda boleh mengisi borang di laman tersebut dan wakil jualan kami akan menghubungi anda untuk segala pertanyaan dan pertolongan yang anda perlukan untuk proses pendaftaran.