Heroes Behind The Wheel: Peluang Kedua Hidup Albert

featured image

Rakan pemandu Lalamove datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang merupakan penternak kambing, ibu yang bekerja keras demi anaknya dan juga pesara yang suka melancong.

Tapi kali ini, kisah Albert Chiong Weng Hong, seorang rakan pemandu lori sederhana 14-kaki, membuka mata kami.

Perwatakannya yang ceria dan petah bercakap disertai dengan pengetahuan luar biasa tentang durian memang memikat.

Sempena musim durian, kami belanja Albert menikmati Musang King kegemarannya sambil mendengar kisah hidupnya yang penuh liku.

Inilah kisah Albert. Seorang rakan pemandu Lalamove, bekas peniaga, peminat durian dan yang paling penting: seorang pejuang.

 

Hilang Segalanya

Sebelum pandemik, Albert menjalankan perniagaan yang membekalkan barangan industri dan ubah suai selama 12 tahun. Pelanggannya terdiri daripada peniaga kecil, kilang dan kedai runcit.

Namun, pandemik COVID-19 mengubah segalanya.

“Apabila PKP dilaksanakan, perniagaan saya terhenti. Saya gunakan semua simpanan, jual apa yang boleh… tapi tetap tidak berjaya,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Albert juga berhadapan dengan masalah kesihatan.

albert lalamove driver who had lung illness

Dulu, Albert seorang perokok tegar. Beliau cuba untuk berhenti merokok secara mendadak tetapi tubuhnya memberi tindak balas yang teruk. Berat badannya menjunam daripada 90 kg ke 43 kg. Beliau sukar berjalan, hilang suara dan keluar masuk hospital selama hampir dua tahun.

“Itulah titik paling hitam dalam hidup saya. Saya hampir putus asa,” akui beliau.

Namun, ada satu sebab beliau terus bertahan.

“Isteri saya adalah sebab utama saya ingin terus berjuang. Dia selalu beritahu saya ‘Terus hidup’” katanya.

 

Permulaan Baru dengan Lalamove

Kata orang, peluang kedua selalu datang tanpa diduga.

Dengan tiada pekerjaan dan kurang tawaran disebabkan faktor umur dan pendidikan, Albert membuat keputusan untuk mencuba menjadi rakan pemandu Lalamove.

“Saya pergi temu duga kerja di kilang, restoran tetapi tiada yang nak ambil saya bekerja. Jadi saya pilih Lalamove,” katanya.

_DSC0142

Lalamove bukan sekadar menjadi punca rezeki. Ia adalah peluang untuk membina kehidupannya semula.

Beliau bermula dengan kereta dan menjana kira-kira RM4,000 sebulan. Kemudian, beliau naik taraf ke lori 14-kaki dan kehidupannya berubah sepenuhnya.

Bukan sahaja Albert kembali menjana pendapatan, malah dia kembali ‘bernyawa’.

Pelanggan menyambutnya dengan mesra, dan beliau sering menerima maklum balas positif. Sepanjang menghantar pesanan, beliau berpeluang mencuba makanan tempatan seperti nasi kerabu di Kelantan dan durian di Raub. Hidupnya kembali berwarna.

“Saya bangga jadi rakan pemandu Lalamove. Saya akan buat perkerjaan ini sehinggalah saya dah tak mampu. Itu pilihan saya.”

 

 

Mencari Sinar Dalam Setiap Pesanan

Menurut Albert, kebanyakkan pelangganya sukakan sikap Albert yang sentiasa ceria semasa menghantar pesanan.

Rahsianya?

“Kalau anda nak bahagia dalam hidup, anda kena bahagia dengan pekerjaan anda. Saya bahagia menjadi rakan pemandu Lalamove. Saya seronok memandu lori saya,” katanya sambil tersenyum.

Dengan fleksibiliti Lalamove, Albert dapat meluangkan lebih masa bersama isteri, bercuti, makan durian, dan menikmati hidup tanpa tekanan.

“Saya boleh jana pendapatan dua kali seminggu. Itu pun sudah cukup untuk saya.”

 

Tips Untuk Nikmati Durian… dan Kehidupan

_DSC0165

Sebelum kami mengakhiri sesi, Albert sempat berkongsi tips untuk memilih durian yang berkualiti.

“Pilih durian yang warna kulitnya cerah dan rantingnya masih segar. Itu tanda isinya bagus.”

Selain durian, beliau turut berkongsi falsafah hidup:

“Ada pepatah Cina, ‘Setiap jalan ada laluannya. Jangan berfikiran negatif.’ Hidup baik-baik. Nikmati hidup.”

Teringin nak jadi seperti Albert?

Jadilah rakan pemandu Lalamove hari ini untuk menikmati fleksibiliti, pendapatan dan peluang kedua.

Daftar Jadi Rakan Pemandu Lalamove

Nak baca lagi kisah inspirasi? Klik di bawah untuk lebih banyak cerita dari rakan pemandu Lalamove.

Heroes Behind The Wheel: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati Ayah

Read more